in

“Tunggu polis kutip” – ‘Samseng’ Cari Gaduh, Tendang Pintu Kereta Tengah-tengah Highway KESAS

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, bila tengah drive lagi-lagi dalam jam, kita susah nak bersabar. Tambah lagi kalau ada orang buat hal macam potong que, tak bagi signal, bawa kereta macam haram dan macam-macam lagi. Tapi, ini bukan alasan untuk korang cari gaduh dan buat perangai macam samseng dengan pemandu lain.


Baru-baru ni, seorang pengguna Facebook, Xuan, telah kongsikan sebuah video menunjukkan seorang lelaki, pemandu Myvi menendang pintu Suzuki Swift dekat tengah highway KESAS.

Screenshot 2020 03 06 At 1.15.33 Pm

Dalam video ni korang boleh tengok pemandu Myvi yang kelihatan berang telah menendang pintu kereta Swift beberapa kali sebelum cuba membuka pintu kereta tersebut.

Dia juga dilihat menunding jari beberapa kali ke arah orang di dalam kereta tersebut sambil menjerit mengatakan sesuatu dan cuba buka pintu kereta. Nasib baik, kereta Swift ni berkunci, kalau tak, tak tahulah apa yang jadi.

2718

Dikatakan, insiden ini berlaku di atas highway KESAS menghala ke Klang. Kalau korang dah biasa lalu situ, memang tahu yang laluan ni banyak gila lori dan treler yang memandu laju ke arah Port Klang so tindakan pemandu Myvi untuk keluar kereta dan ajak bergaduh ni memang membahayakan diri sendiri.

Bagaimana pun, tak ada sumber yang boleh mengesahkan apa sebenarnya yang berlaku hingga pergaduhan ini boleh tercetus.

Korang boleh tengok video penuh kat bawah ni:

 

Baca: “Mcm main police entry” – Aksi Pemandu Myvi Dikejar Polis Ini Buat Netizen Garu Kepala

Screenshot 2020 03 06 At 1.19.31 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.