in

Tular Video Wanita Dikepung Sebab Curi Duit, Rupanya Ada Masalah Mental

Untitled Design 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang wanita dikepung orang ramai dan begnya diselongkar gara-gara mencuri duit.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kulai, Johor itu sudah pun sampai ke pengetahuan pihak polis.


Menurut laporan Astro AWANI, pihak polis telah menyerahkan wanita yang dipercayai menghidapi masalah mental itu ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim semalam.

https://www.facebook.com/komunitijohor/videos/1139296116734488/

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, polis mengambil keputusan menyerahkan wanita berkenaan kepada pihak hospital bagi menjalani rawatan kerana suspek gagal memberikan butiran diri ketika disoal siasat.

“Pada 25 Januari, tular di laman sosial Facebook video mengenai seorang wanita yang ditahan dan diperiksa oleh beberapa orang awam kerana disyaki telah mengambil wang dari laci kaunter bas ekspres di Stesen Bas RTC Kulai.

Pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan telah ke lokasi dan hasil siasatan, kejadian dipercayai berlaku sekitar 9.00 malam.

Bagaimanapun, setelah disoal siasat dan pemeriksaan yang dilakukan ke atasnya, suspek telah mengembalikan wang yang diambilnya kepada majikan penjaga kaunter bas ekspres berkenaan,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan telah mengambil sejumlah RM800 dari laci kaunter bas ekspres berkenaan, namun majikan penjaga kaunter bas ekspres berkenaan telah memaklumkan kepada polis agar kes itu tidak dipanjangkan kerana suspek telah pun mengembalikan wang yang diambilnya.

Baca: Pencuri Ditangkap Ketika Tidur Atas Lantai, Rupanya Mabuk Lepas ‘Teguk’  Arak Pemilik Rumah

Pencuri Mabuk Tertidur Minum Arak Pekerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.