in

Tular Foto Solat Di Tepi Lebuh Raya, Ini Respon Pihak Berwajib

Untitled Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini gambar pengguna lebuh raya menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan tular di media sosial. Foto yang dimuatnaik menerusi akaun media sosial Jentik Hati itu mengundang pelbagai reaksi bercampur baur, sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.


Ada yang menyokong, dan ada juga yang mempertikaikan kewajaran itu kerana ia dilihat merisikokan bukan saja nyawa mereka malah pengguna lebuh raya lain.

Namun hari ini, pemegang konsesi KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) Anih Berhad tampil dengan kenyataan tegas — tidak membenarkan pengguna lebuh raya tersebut menunaikan solat di lorong kecemasan.

Memetik laporan Berita Harian, tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan itu.

Syarikat itu berkata, pihaknya amat menghargai ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur.

Namun, sebagai pengendali lebuh raya — mereka juga ingin memohon pengguna jalan raya agar tidak menunaikan solat di atas jalan raya iaitu di lorong kecemasan atas faktor keselamatan.

 

Baca: “Setiap tahun benda sama” – Sampah Sarap Penuh Di Bahu Jalan Buat Netizen Panas Hati

1Balikkampung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.