in

“Bodoh ke ape ha..! Takde otak?”- Buat Hal Lagi, Kereta Plat Singapura Pandu Di Lorong Kecemasan Siap Kena Maki & Dibaling Botol

Featured 3

Apa korang tau tentang laluan kecemasan yang ada di lebuh raya atau jalan raya di negara ini?

KEGUNAAN LORONG KECEMASAN HANYA UNTUK KENDERAAN DALAM TUGAS KECEMASAN.

[Kaedah 53 dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959)]

Tiada sebarang kenderaan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong tambahan atau bahu jalan di sebelah kiri jalan yang ditentukan sebagai lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan yang sementara.

Bagaimanapun, pengecualian hanya diberi kepada kegunaan kenderaan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, ambulans, bomba & penyelamat, kastam dan penjara boleh menggunakan lorong kecemasan ini.

Kenapa admin cerita pasal benda ni tiba-tiba? Ha actually baru-baru ini viral di media sosial satu video yang menunjukkan kenderaan bernombor plat Singapura memandu di lorong kecemasan.

1 1

Video berkenaan viral sejak rabu selepas ia dimuatnaik menerusi akaun facebook Nurul Shahida.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 31 saat itu, pada awalnya kita dapat lihat dan dengar dua buah motosikal membunyikan ‘hon’ panjang selepas laluan mereka dihalang oleh sebuah kereta dengan nombor pendaftaran “SLD3873J”.

Difahamkan individu-individu yang menaiki motosikal ni (3 orang semuanya) sedang menolak salah sebuat motosikal yang dipercayai rosak ketika dalam perjalanan.

Kalau korang dengar betul-betul, salah seorang daripada penunggang motosikal ni sempat memaki pemandu kereta berkenaan kerana menggunakan laluan kecemasan di lebuhraya tersebut.

Bodoh ke apa ha? Tak ada otak?”

Tapi, pemandu tersebut dilihat tak ambil peduli langsung dengan makian yang dilemparkan kepada mereka, sebaliknya terus memecut kenderaan ke hadapan dan masih di laluan kecemasan, sebelum dibaling dengan botol air mineral oleh salah seorang daripada penunggang motosikal itu.

5

6

Menurut Nurul Shahida, pemandu kenderaan bernombor plat Singapura tersebut selepas itu ada bertindak memberhentikan kenderaan dengan menggunakan brek emergency sebagai tanda protes terhadap geng motor ni.

Bagaimanapun video tersebut tidak sempat diambil kerana mereka tidak menjangkakan pemandu tersebut akan melakukan tindakan sedemikian rupa.

“Ni yang mula, bila dia dah panas hati, dia kacip kita orang dan brek emergency,”

“Nak suruh kitaorang langgar bontot kereta kau, lepas tu kita orang jatuh kau puas hati, begitu?”

“Kau dah brek emergency, satu keluarga laki bini anak-anak kau semua toleh belakang tengok kita orang kemudian blah, dasar lu anjing, babi,”

Bagi admin, kita sebagai pengguna jalan raya kena la ada sikap bertimbang rasa sebab kita berkongsi jalan yang sama.

Malah rata-rata netizen pun bengang dengan sikap pemandu kenderaan tersebut, yang jelas PENTINGKAN DIRI.

Jangan pentingkan diri okay!

Baca : Woi Malaysian boy, kau standby eh! Tangkap Pencuri Di Shopping Mall Singapura, Budak Lelaki Ni Tak Pasal-pasal Kena Ugut Bunuh

Bunuh