in

Tular Dakwaan Sudah Berpoligami, Sanusi Nafi Kahwin Lain Secara Senyap

Sanusi 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selalu menjadi perhatian netizen di media sosial kerana aktif dan kerap mengemas kini status hariannya di Facebook.


Pun begitu, Sanusi telah terpalit dengan kontroversi oleh segelintir pengguna Facebook yang mendakwa menteri besar itu sudah bertemu jodoh baharu.

Sanusi 1
Sumber: berita harian online

Sanusi nafi berkahwin lain tapi..

Berita Harian Online melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu sebenarnya tidak berhasrat untuk berkahwin lain tetapi beliau sama sekali tidak menolak kemungkinan jika ada jodoh dengan mana-mana wanita.

Sanusi 7
Sumber: facebook

Artikel berkaitan: Sanusi Perjelas Dakwaan ‘Direhatkan’, Mohon Maaf Tidak Hadir Ceramah Politik

Artikel berkaitan: Ini Antara 5 Kontroversi Yang Pernah Berlaku Sejak DS Sanusi Jadi MB Kedah

Beliau yang menafikan perkara itu juga sempat berseloroh jika mendapat jodoh dari Sik ataupun Alor Setar.

Belum lagi (berkahwin baharu). Mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya? Orang Sik, orang Alor Setar ka..

Perkara ini dinyatakan oleh beliau ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Benih Padi Huma di Kampung Radik, Chepir, hari ini.

Untuk rekod, sebelum ini, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah memuat naik status di Facebook miliknya kelmarin mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal. Dalam pada itu, beliau turut menulis kapsyen ringkas iaitu “Dok Pahang” yang bermaksud “Berada di Pahang”.

Sejak itu, ramai netizen membuat spekulasi dan mendakwa MB Sanusi telah berkahwin lain secara senyap tanpa pengetahuan umum.

Sumber: Berita Harian Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.