in

Sanusi Perjelas Dakwaan ‘Direhatkan’, Mohon Maaf Tidak Hadir Ceramah Politik

Sanusi Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, banyak cerita-cerita berkaitan politik menjadi perhatian para netizen.


Baru-baru ini, timbul dakwaan yang mengatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kini ‘direhatkan’ oleh kepimpinan PAS Pusat kerana terlalu lantang bersuara dalam kempen ceramah PRN.

Menurut laporan Astro AWANI, Sanusi bagaimanapun menolak spekulasi itu, dia turut membuat permohonan maaf kerana tidak menghadiri ceramah politik untuk berkempen bagi PRN kali ini.

Cats 25

“Saya perlu hadir mesyuarat PAS Pusat dan beberapa mesyuarat lain di Kuala Lumpur. Saya pergi dengan kereta dan balik sampai lewat, sudah tentu tidak dapat hadir program yang sepatutnya saya dijadualkan hadir. 

Mana boleh, kena rehat lah,” katanya.

Selain itu, Sanusi juga menolak andaian pihak-pihak tertentu yang mendakwa beliau mengurangkan aktiviti kempennya disebabkan terdapat ugutan mahupun diberikan arahan mengunci mulut sehingga hari mengundi.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Muhammad Sanusi telah dinasihatkan tidak hadir ke ceramah kempen tersebut untuk memastikan keselamatan Menteri Besar itu.

Difahamkan, Sanusi dinasihatkan sebegitu untuk mengelak terkena ‘perangkap’ oleh musuh politiknya.

Baca: Didakwa Buat Kenyataan Fitnah, Vincent Tan Tuntut Sanusi Mohon Maaf & Bayar Ganti Rugi RM200 Juta

Sanusi Vincent Tan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.