Bersenam di gimnasium adalah satu aktiviti yang menyihatkan badan. Ramai yang lebih memilih untuk bersenam di gimnasium kerana kemudahan yang cukup serta persekitaran yang lebih selamat.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan seorang rakan sedang bergurau-senda di sebuah gimnasium yang tidak didedahkan lokasinya.
Tuang air guna mulut
Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menuangkan air kosong ke dalam mulut rakannya yang sedang duduk, dengan hanya menggunakan mulutnya sendiri.
Kemudian, lelaki yang sedang duduk itu menuangkan semula air tersebut ke dalam mulut rakannya yang lain, yang sudah meletakkan serbuk minuman ke dalam mulutnya. Seperti air yang sudah dibancuh, lelaki tersebut menelan air tersebut meskipun sudah memasuki mulut rakan-rakannya yang lain sebelum itu.
Meskipun video tersebut dilakukan di tengah-tengah gimnasium, pengunjung di sekeliling seolah-olah tidak menghiraukan tindakan tiga sekawan ini dan hanya fokus kepada senaman mereka.
Ramai rasa geli
Video ini tular di media sosial, dan mendapat reaksi ramai warganet yang rata-ratanya berasa kurang senang dan mual dengan tindakan tiga sekawan ini.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang mempersoalkan aspek kebersihan air tersebut, meskipun mereka bertiga rapat dan bersahabat baik.
“Patut ah ada macam2 penyakit cacar monyek lah apa lah”, tulis seorang individu.
Meskipun video tersebut hanyalah bersifat gurauan untuk tujuan hiburan, namun ia tidak seharusnya dijadikan satu perkara normal dalam kalangan masyarakat.
Kredit: zua_al_azmi
BACA: Gadis Dilamar 100 Lelaki Sehari Kerana Aktif Angkat Berat di Gimnasium