in

Gadis Dilamar 100 Lelaki Sehari Kerana Aktif Angkat Berat di Gimnasium

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, wanita zaman sekarang sama sahaja aktifnya dengan orang lelaki. Mereka yang suka akan aktiviti-aktiviti lasak ini sering kali terlibat sama terutamanya dalam aktiviti berbasikal dan hiking. Malah ada juga wanita di luar sana yang aktif dalam aktiviti permotoran. Kadang kala dapat kita lihat mereka memandu motor besar dengan beraninya. Kann hebat kot!


Sama seperti gadis ini, yang sudah lama berjinak-jinak dalam aktiviti angkat berat. Menurut Mingguan Wanita, Fatin Suhaida Razali, 23, yang berasal dari Kampung Durian Guling, Marang Terenggangu sudah lama berminat dalam melakukan aktiviti lasak ini.

B4
sumber: mingguan wanita

Sebelum ini, Fatin sering berkongsikan aksinya yang sedang menjalani latihan angkat berat di gimnasium di laman Instagramnya. Selepas dua tahun, aksinya itu tular di media sosial dan mendapat sambutan daripada orang ramai, terutamanya daripada kaum lelaki. Wah wah suka lah korang kan!

Menurut Fatin, dia sering diburu peminat lelaki yang ingin memperisterikannya, malah turut dilamar pelbagai pengeluar produk kesihatan tempatan yang mahu menjadikannya sebagai jurucakap. Fatin turut dilamar lebih daripada 100 orang lelaki pada setiap hari. Ada yang menjanjikannya kesenangan, hantaran mahal dan ada juga yang mahu menghadiahkan sebuah gimnasium kepadanya. Amboihhhh kemain!

B5 1
sumber: mingguan wanita

“Sebelum ini ramai yang kecam tindakan saya memuat naik aksi bersenam di gimnasium sambil bertudung di Instagram, tetapi sekarang tindakan itu mengubah kehidupan saya menjadi seorang yang lebih berani, berkeyakinan, selain dapat menjana pendapatan sampingan”

B10 1
sumber: mingguan wanita

Fatin turut memaklumkan bahawa sebelum ini dia hanya mempunyai 72,400 pengikut di laman Instagramnya. Namun kini selepas tular tentang aksinya itu, dia sudah mempunyai seramai 196,000 pengikut dari pelbagai negara termasuklah Indonesia, Brunei dan Singapura.

Fatin juga memberitahu niat sebenarnya memuat naik setiap aktiviti di gimnasium hanya sekadar suka-suka dan pada masa yang sama dia mahu memberi pendedahan kepada wanita bertudung supaya mengubah persepsi mengenai latihan angkat berat yang sebelum ini hanya terhad untuk lelaki. Kini, objetifnya itu tercapai apabila sudah ramai wanita bertudung menjalankan latihan angkat berat di gimnasium, terutama membabitkan wanita bertudung di sekitar Kuala Terengganu.

B9 1
sumber: mingguan wanita

Kata Fatin,

“Setiap video yang dimuat naik di laman Instagram itu bukan bertujuan menunjuk, malah bukan juga untuk menjadi bahan kecaman netizen dan ia hanya untuk tatapan wanita yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti lasak itu”

Kini pendapatannya bertambah sehingga RM2,000 sebulan selepas mendapat tawaran sebagai jurucakap produk kesihatan. Salute!

Wahh hebat lah! So wanita yang bertudung jangan jadikan tudung tu sebagai alasan anda tak boleh bersukan ya!

Baca: Fuh! Satu Keluarga Jadi Sado Gara-Gara Gigih Bersenam Bersama-Sama Selama 6 Bulan

11 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.