“Tu moto cari rezeki” – Netizen Panas Hati Tengok Moto Rider Ni Kena Samun

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kejadian rompak samun semakin serius sekarang ni. Ada yang betul-betul berani “buat kerja” waktu siang. Ada yang lagi berani tu buat dekat tempat awam dan waktu siang.

Ni kami nak share ada satu kejadian yang berlaku baru-baru ni. Sorang rider ni hampir kehilangan moto cari rezekinya gara-gara disamun oleh dua orang penyangak ni. Tapi nasib baik dia melawan balik, dan selamat dapat moto dia dari kena rembat. Cuba korang tengok video kat bawah ni

Nasib baik

Fuh nasib baik brader tu melawan balik dan dapat balik moto dia. Kalau tak melawan, memang putih mata lah weh moto kena rembat depan mata.

Itulah, moto orang buay cari rezeki tu. Yang kau usaha taknak, susah sikit taknak, yang kau tau nak rembat je. Ikut jalan mudah je tahu. Ish geram pulak admin. 

Admin rasa brader tu memang nekad betul taknak kena rembat. Badan kecik pun apa ada hal, boleh lawan dua orang kot. Tapi admin pun rasa penyangak tu bawak senjata gak. Bahaya betul. 

Ni admin setuju. At least security situ pegi lah buat ramai ke, lari ke arah tu ke. Baru lah penyangak dua ekor tu takut sikit. Ni dok tegak dekat situ je. Hmmm

Admin dapat ni dari Facebook ada orang share. Tapi tak pastilah ni telefon penyangak tu atau telefon orang yang dia rembat sebelum ni. Nampak elok sihat tubuh badan ada anak bini. Apa-apa pun admin doakan brader tu selamat dan boleh dapat claim dari majikan dia.

 

Baca: ”Cel*ka punya pencuri” Wanita Terkejut Tengok Motor Kena ‘Rembat’ Depan Mata

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.