Umum sedia maklum, suspek tembakan rambang yang telah meragut sekurang-kurangnya dua nyawa di Siam Paragon, Bangkok, Thailand baru-baru ini telah pun ditahan polis dan bakal menerima hukuman.
Menurut Harian Metro, bapa kepada remaja lelaki berusia 14 tahun itu telah membuat permohonan maaf kepada salah seorang ibu mangsa yang terkorban dalam tragedi yang berlaku pada Selasa lalu.
Artikel berkaitan: Polis Syaki Suspek Insiden Tembakan Siam Paragon Mall Ubah Suai Senjata Mainan, Berdepan 5 Tuduhan
Artikel berkaitan: Insiden Siam Paragon Mall: Suspek Remaja 14 Tahun Disyaki Ada Masalah Mental
Ibu mangsa terima permohonan maaf bapa suspek
Lelaki yang berbaju hitam itu dilihat melutut dan menangis sambil memohon maaf apabila dia bertemu dengan ibu kepada warga Myanmar berusia 31 tahun yang maut itu di Wat Phasuk Maneechak, Pak Kret, Nonthaburi pada Sabtu.
Walaupun masih bersedih, ibu mangsa difahamkan menerima permohonan maaf lelaki berkenaan.
Ia bukan salah bapa tetapi lebih kepada anak anda,” katanya.
Tambahnya lagi, ibu bapa remaja yang bersenjata itu juga pasti berasa sedih seperti dirinya.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut menawarkan wang kepada ibu mangsa, namun ia ditolak dengan mengatakan tiada jumlah wang yang boleh menggantikan kehilangan anaknya.
Terdahulu, bapa suspek juga ada menyatakan kekesalannya atas apa yang berlaku dalam sepucuk surat yang berkata:
Saya dan keluarga dengan rendah hati ingin memohon ampun dan memohon maaf yang mendalam kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia, yang cedera dan keluarga mereka yang paling terkesan dengan peristiwa ini dan kepada semua orang dari lubuk hati yang paling dalam, dengan setinggi-tinggi penghormatan kami.
“Kami juga amat kesal dengan kerosakan dan impak kepada negara secara keseluruhan,” tulisnya.
Kasihan ibu dengan ayah suspek. Mungkin dah sehabis baik didik anak tapi jadi macam tu pula.
Sumber: Harian Metro