in

Insiden Siam Paragon Mall: Suspek Remaja 14 Tahun Disyaki Ada Masalah Mental

Untitled Design 3

Tidak dapat dinafikan, melawati ke tempat-tempat awam seperti taman rekreasi dan pusat beli-belah memang menyeronokkan bagi kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, aspek keselamatan perlulah diutamakan sentiasa kerana malang tidak berbau.

Mengenai kejadian tembakan di Siam Paragon Mall baru-baru ni, polis mengesyaki suspek, remaja lelaki 14 tahun sedang menghidapi masalah sakit mental.

Artikel berkaitan: Isteri peluk anak-anak, tundukkan diri” – TMJ Kongsi Detik Cemas Insiden Tembakan Di Bangkok

Menurut Torsak Survimol, beliau menyatakan bahawa suspek kini sedang disiasat oleh Unit Jenayah Kanak-Kanak Polis Thailand sejak ditahan polis semalam.

Tambahnya lagi, suspek merupakan seorang pesakit mental dari Hospital Rajavithi di Bangkok dan sudah tidak mengambil ubat bagi penyakitnya untuk tempoh yang lama.

Artikel berkaitan: Insiden Tembakan Di Bangkok: Sekurang-kurangnya 2 Maut & 5 Cedera, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Apa yang menyeramkan, semasa dalam siasatan, remaja itu menyatakan bahawa dia seolah-olah mendengar satu suara yang memberitahunya, siapa yang harus ditembak.

“Dia berkata bahawa dia seakan-akan terdengar satu suara yang memberitahunya siapa yang perlu dibunuh.” 

Bukan itu sahaja, seorang pengarah sebuah sekolah swasta, The Essence telah mengesahkan bahawa suspek itu  merupakan salah seorang pelajarnya. Berikutan dengan kejadian ini, sekolah itu menawarkan bantuan dan kerjasama kepada pihak berkuasa demi kebaikan warga Thailand yang terlibat.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan penyiasat demi kebaikan bagi siapa yang terlibat.”

Insiden yang meragut nyawa orang ini perlulah dijadikan pengajaran semua orang agar keselamatan di masa hadapan dapat terjamin.

Sumber: BeritaHarian, CNA