in

“Tradisi ape lah ni” – Wanita Ditembak Gara-gara Berhenti Bergelek Sekejap Diatas Pentas Dalam Majlis Perkahwinan

India2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penari India dikejarkan ke hospital selepas dia ditembak di muka hanya gara-gara berhenti menari ketika melakukan persembahan di sebuah majlis perkahwinan.


Dalam rakaman video yang tengah viral di media sosial itu, dilihat seorang wanita sedang ligat menari sebelum berhenti seketika, tiba-tiba ada bunyi tembakan dan wanita tersebut rebah sambil memegang mukanya. Lihat ni

 

Lapor BBC, mereka sudah mengenali suspek yang melepaskan tembakan itu, dikatakan suspek itu bergegas lari selepas menembak mangsa.

Kejadian ini berlaku sewaktu dalam satu majlis perkahwinan di Uttar Pradesh, India pada 1 Disember lepas.

Ia kemudiannya viral melalui aplikasi mesej dan dikongsikan terus ke media sosial.

Suspek kini sedang melarikan diri dan dia pasti akan ditangkap nanti”

Untuk pengetahun keganasan dalam majlis perkahwinan di segelintir daerah negara ini memang bukan satu perkara pelik, tetamu yang hadir biasanya akan bawa pistol untuk ditempak ke langit bagi meraikan hari tersebut.

Elfbpvzu0Aeb3Fr
Sumber : twitter

Sebab itulah boleh berlakunya tembak menembak secara rambang ini kerana mereka mungkin terlalu ghairah sampai hilang kawalan.

Sebelum ini pernah berlaku di Punjab dimana seorang wanita mengandung ditembak di perutnya ketika menari dalam majlis perkahwinan pada tahun 2016.

Ia berlaku secara kemalangan dan pada tahun 2018 seorang lelaki ditangkap sebab dia tertembak jiran tanpa sengaja ketika majlis pra perkahwinan.

Dia tempak ke arah atas untuk meraikan perkahwinan anaknya yang bakal menyusul, tetapi salah satu peluru terkena dekat dahi jirannya dan terbunuh.

 

Baca : Rumah Agam 99 Pintu: Mati Ditembak di Tangga, Kisah Misteri Selubungi Kematian Keluarga Ramsden di Ladang Getah Nibong Tebal

Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.