Dah jadi satu kebiasaan pula bagi pengguna jalan raya yang suka mengambil kesempatan ini apabila mereka ‘menghimpit’ kenderaan seperti ambulans yang dalam kecemasan supaya boleh terlepas daripada kesesakan lalu lintas.
Inilah yang berlaku kepada seorang pemandu ambulans baru-baru ini, yang mana rakaman kejadian tersebut telah viral di TikTok.
“Cik polis, tolong saman yang belakang ni”
Menerusi video tersebut, kelihatan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux cuba mengikut rapat sebuah ambulans yang dalam kecemasan.
Berasa terganggu dengan situasi tersebut, pemandu ambulans itu kemudian telah membuat pengumuman dan meminta bantuan polis yang kebetulan berada di tempat kejadian untuk menyaman pemandu kenderaan pacuan empat roda itu. Haa kan dah kena!
@hikumi_85 Lain kali jgn sesekali ikt belakang ambulans ye…#fyp #ambulans #frontliners
Sebaik saja pengumuman dibuat, kenderaan yang mengikuti ambulans tadi terus memberhentikan kereta dan kenderaan milik anggota polis pula dilihat masuk ke laluan untuk memperlahankan kenderaan tersebut.
“Saman pun dapat, malu pun dapat” – Netizen
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berpuas hati dengan tindakan pemandu ambulans terbabit dan berharap kejadian seperti ini tak berulang lagi. Selfish betul pemandu yang macam tu.
Sebaiknya kalau nampak ambulans, beri laluan supaya mereka dapat menyelamatkan nyawa yang tengah bertarung dalam kenderaan tu.
Baca: “Orang awam, pihak berkuasa semua sama” – Netizen Puas Hati Pegawai Polis Disaman Sebab Guna No. Plat ‘Fancy’