in

Tolak Hadis & Mengaku Tiada Agama, Hati-hati Dengan Ajaran Sesat Hadi Minallah!

Ajaran Sesat Hadi Minallah Di Malaysia

Semenjak dua menjak ini, seringkali kita dengar mengenai ajaran sesat yang tiba-tiba muncul dan dengan mudah menarik ramai pengikut di bawah mereka.

Terbaru kali ini melibatkan satu ajaran baru yang dipanggil Hadi Minallah yang sedang mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lapor Berita Harian.

Tular video papar kegiatan ajaran sesat

Kegiatan ajaran sesat Hadi Minallah ini katanya terbongkar selepas tular satu video di TikTok yang memaparkan pengasas ajaran tersebut, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia dilihat bersentuhan dengan wanita dalam satu majlis yang diadakan di Langkawi.

@iqram_93

Ajaran sesat Hadi Minallah #fyp #foryoupage #foryou

♬ original sound – Ahmad Iqram – Ahmad Iqram

Malah menerusi video itu juga dipaparkan beberapa perkara mengenai ajaran itu yang sangat bercanggah dengan agama Islam seperti:

  1. Pengakuan pengasas ajaran yang tiada agama
  2. Menyebarkan makrifat fahaman sesat iaitu Nur Muhammad
  3. Pluralisme agama yang dakwanya Tuhan tidak melihat kepada agama
  4. Menolak hadis

Sesat

“Belum dapat maklumat sejak bila ajaran aktif”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, JAKIM telah mengenal pasti lokasi pusat kumpulan ajaran sesat berkenaan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan ambil tindakan selanjutnya.

Semalam (7Ogos) baru dapat profil berkenaan Hadi Minallah di Kuala Lumpur, saya terus hubungi JAWI kerana pada mulanya ada yang kata di Langkawi dan sebagainya.

“Tapi semalam kami dapat alamat itu, kami beri pada JAWI kerana bidang kuasa untuk bertindak ini ialah di pihak agama negeri,” katanya.

120C89217Cca3327F6330119A2975433

Tindakan akan dijalankan mengikut bidang kuasa agama negeri yang terbabit dengan kerjasama polis.

Dalam pada itu, Idris juga berkata pihak tak boleh menyekat dakyah sesat yang disebarkan melalui Youtube dan hanya boleh laporkan ia ke Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan.

“Setakat ini kita masih belum menerima maklumat sejak bila ajaran sesat itu mula aktif di negara ini,” katanya.

Kumpulan ajaran Hadi Minallah yang berasal dari Indonesia ini juga telah dikesan berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan aktif menyebarkan dakyah mereka melalui saluran Youtube Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Sebelum nak menuntut sebarang ilmu agama, pastikan korang siasat betul-betul siapa guru atau ustaznya. Bimbang kalau ajaran ini tersebar luas. 

Baca: Pengikut Ajaran Sesat Makan Najis & Guna Cecair Mayat Sebagai Pencuci Muka, Percaya Ia Ubat Mujarab

Sesat

Sumber: Malaysiakini