in

“Tinggalkan isteri di labour room” – Dr Zulkifli Kata Suami Wajib Solat Jumaat Walaupun Isteri Nak Bersalin

Ft Dr Zul Jelas Hukum Tinggal Solat Jumaat Masa0Isteri Bersalin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa para suami wajib menunaikan solat Jumaat biarpun pada waktu itu isteri sedang ‘berjuang’ untuk bersalin.


Ianya mula dibahaskan selepas ada netizen bertanyakan situasi itu kepadanya dan telah meraih lebihd ariapda 2,700 jumlah retweets dalam masa 2 jam.

 

Tinggalkan isteri di labour room. Insya-Allah, Allah jaga.

Lelaki tersebut bertanyakan bahawa dia yang sekarang berada di dalam labour room untuk menunggu masa bersalin bertanyakan kepada Dr. Zulkifli berkenaan dengan hukum tidak menunaikan Solat Jumaat semasa menemani isterinya.

Disebabkan itu, Dr. Zulkifli menyatakan bahawa Solat Jumaat itu merupakan satu kewajipan dan perlu meninggalkan isteri di labour room.

Apabila ada netizen bertanyakan lagi jika si isteri merayu untuk menemaninya, Dr. Zulkifli menyatakan bahawa sebagai suami isteri yang faham agama, pastinya faham keperluan akan kebergantungan kepada Allah.

“Suami dan isteri yang faham agama, insya-Allah faham keperluan akan kebergantungan kepada Allah pada saat-saat genting sebegitu. Keutamaan bagi suami adalah berdoa kepada Allah SWT untuk dipermudahkan kelahiran anak. Meninggalkan solat Jumaat hanya mengundang murka dan dosa Allah.”

Hurm begitu rupanya, diharap info ini jelas kepada mereka yang mungkin pernah dan sedang alami situasi sebegini.

Baca : Berbuka Awal Sebab Kesilapan Azan Di Radio, Puasa Dianggap Terbatal – Dr Zulkifli Al-Bakri

Untitled Design 2022 04 04T150129.031

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.