in

Berbuka Awal Sebab Kesilapan Azan Di Radio, Puasa Dianggap Terbatal – Dr Zulkifli Al-Bakri

Untitled Design 2022 04 04T150129.031

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular sebuah insiden di mana beberapa orang pendengar sebuah stesen radio tempatan berbuka lebih awal kerana terdengar azan menerusi radio tersebut.


Hari ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan umat Islam yang berbuka puasa lebih awal daripada waktu Maghrib akibat kesilapan stesen radio tempatan dianggap terbatal puasanya dan perlu diganti semula selepas tamat Ramadan.

Untitled Design 2022 04 04T145216.111

“Tidak sah dan batal puasa individu yang menyangka telah pun tenggelam matahari tetapi ia belum lagi tenggelam. Wajib diqada semula menurut jumhur ulama,” katanya.

Posting yang berbentuk infografik itu dimuat naik menerusi laman sosial rasmi tokoh agama itu sebagai respon kepada soalan adakah sah puasa jika juruhebahnya (DJ) tersalah memasang azan awal.

Walaupun dalam posting itu tidak dinyatakan secara spesifik, jawapan itu jelas merujuk kepada insiden yang berlaku dalam media tempatan mengenai kes stesen Tawau FM di Sabah tersilap menyiarkan azan Maghrib.

Difahamkan, kesilapan teknikal pada hari pertama Ramadan itu menyaksikan DJ radio tersebut memasang azan itu dua kali iaitu pada 6.16 petang sebelum diulang ketika waktu sebenar 6.20 petang.

Baca: Penyampai Radio Mohon Maaf, Siar Azan Maghrib Awal 4 Minit

Untitled Design 2022 04 04T145916.331

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.