in

Tiga Pelajar Gigih Cari Line Internet Cedera, Terjatuh Lepas Jambatan Gantung Runtuh di Ranau

Runtuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini bukan kali pertama kita dengar kisah mengenai mereka yang tinggal di kawasan pedalaman susah untuk mendapat rangkaian Internet.


Namun apa yang lebih tragis, kegigihan tiga pelajar ini demi mencari jaringan Internet untuk mengikuti kelas online berakhir dengan tragedi apabila mereka terjatuh dari jambatan gantung di Kampung Gusi, Ranau pada Isnin lalu. 

Menurut Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada jam 9 malam membabitkan mangsa dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut. Aduhai kesian… 

Jambatan

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang dihubungi mengesahkan kejadian terbabit. Menurutnya, seorang pelajar dilaporkan patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

“Ketiga-tiga mangsa belajar di SMK Ulu Sugut, Ranau dan cuba mengakses Internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan.

“Saya akan segera pergi ke kampung itu untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan berkenaan.

“Kita berharap penduduk kampung dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini,” jelasnya.

Jambatan itu katanya memiliki ketinggian kira-kira 18 meter dari sungai dan menjadi satu-satunya kawasan yang mempunyai isyarat sambungan Internet.

993Bd5Cf Bc83 4546 A96B 0943953Bdfb0 1

127229210 376297506767023 3457654623794862705 N

Jadi sudah menjadi kebiasaan penduduk kampung, khususnya pelajar untuk berkumpul di kawasan terbabit bagi mendapatkan akses Internet. 

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut berkata, penduduk kampung memberitahu yang semua mangsa berada di tengah jambatan untuk ikuti kelas online sebelum jambatan gantung itu runtuh.

Sambungan Internet di Kampung Gusi ini memang teruk.

“Bagaimanapun, ia lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung,” katanya.

Aduhai… bila agaknya masalah Internet ni nak selesai ye di kawasan pedalaman. 

Baca: “Sekolah masih guna tenaga solar” – Perlukan Internet Nak ‘Online Meeting’, Guru Besar Daki Bukit Bawa Laptop

Laptop

Sumber: Harian Metro
Sumber: Sabahup2date
Sumber: Sabahup2date

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.