in

“Sekolah masih guna tenaga solar” – Perlukan Internet Nak ‘Online Meeting’, Guru Besar Daki Bukit Bawa Laptop

Guru Besar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul kata orang, terlalu banyak dan besar pengorbanan warga pendidik termasuklah mendaki bukit semata-mata untuk dapatkan akses internet. Seorang gadis berkongsi di Twitter baru-baru ini beberapa gambar dan video bapanya daripada screenshot Whatsapp keluarga mereka.


Menurut Hanani, bapanya bertugas di sebuah sekolah rendah dekat kawasan pedalaman di Ranau, Sabah dan ketika itu sedang mengalami masalah akses internet. Kata bapanya melalui mesej di Whatsapp itu,

Sedang bermesyuarat maya di dalam hutan pagi ini. Cari line.”

Ayah3

Katanya lagi, bapanya, Rabdunieh Jalil, 58, yang merupakan guru besar sekolah itu juga kini menetap di kuaters dekat sekolah dan hanya pulang ke rumah keluarga di pekan Ranau sekali seminggu.

“Ayah saya bertugas sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Nukakatan di kawasan pedalaman dan sepanjang di sekolah, ayah memang jarang mesej sebab tak ada akses internet.”

“Kalau pagi ni ayah hantar mesej, esok baru kami dapat. Kalau dapat mesej pada hari sama ayah hantar tu kira nasib bertuah. Bila ayah hantar mesej dan terus ke grup Whatsapp keluarga memang terkejutlah kami.”

Ayah1

Ayah2

Menurut Hanani yang dipetik dari mStar, jika ada mesyuarat di luar, bapanya akan pulang ke rumah atau terus ke pekan. Perjalanan sehala itu mengambil masa antara 2 hingga 3 jam dengan menaiki kereta.

“Tapi disebabkan PKPP dan sekolah akan dibuka semula, ayah tetap bertugas di sekolah dan dia perlu membuat online meeting dengan pihak PPD (Pejabat Pendidikan Daerah).”

“Disebabkan tak ada akses internet di sekolahnya, ayah terpaksa masuk ke dalam hutan dan cari tanah tinggi untuk buat online meeting.”

Selain perlu menggunakan kenderan pacuan empat roda untuk ke pedalaman sebegitu, menurut Hanani sekolah tempat bapanya bertugas juga masih menggunakan tenaga solar untuk bekalan elektrik.

Salute semua warga pendidik di dunia ni!

Baca: “Semangat yang wajar dicontohi” – [VIDEO] Pelajar Uni Sanggup Panjat Pokok Untuk Jawab Online Exam

Feature 3 9

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.