in

“Tahu-Tahu Dah Menang”- Netizen Terhibur Video Larian Pelajar Sekolah Di Ranau Dalam Kabus, Sejuk Lain Macam

Untitled Project 2024 01 20T153136.806

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tahun pasti setiap sekolah akan mengadakan hari sukan tahun untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan.


Kebanyakan sekolah akan mengadakan hari sukan di kompleks sukan kerana banyak kemudahan disediakan di sana.

Bagaimanapun, berbeza dengan sekolah ini. Baru-baru ini, tular satu video mengenai sebuah sekolah kebangsaan di Ranau, Sabah yang mengadakan hari sukan.

Apa yang menarik, keadaan cuaca berkabus membuatkan pelajar seakan-akan berada di luar negara!

Artikel berkaitan: “Boleh naik 2 kilo!” – Netizen Teruja Banyak Gerai Makanan Di Setiap ‘Stop’ Larian Sultan Nazrin Shah

Artikel berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Diselamatkan Tuhan Lepas Jual Nyawa Pada Syaitan Demi Duit & Populariti

Video berkenaan dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @Atung Rose dan telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Dalam video itu kedengaran sorokan pelajar dan guru yang menyokong peserta larian walaupun mereka sendiri tidak nampak peserta kerana keadaan kabus sangat tebal.

Kejadian itu berlaku ketika acara 4×100.

Ada yang ‘curi ayam’ ke masa lari itu? Tahu-tahu je dah menang.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.