in

“Masih ada mangsa hilang” – Ini Kronologi Kapal Kargo Singapura Langgar Jambatan Baltimore AS Hingga Runtuh

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, sebuah kapal kargo besar telah melanggar Jambatan Francis Scoot Key yang terletak di Baltimore, Amerika Syarikat sehingga menyebabkan struktur sepanjang 1.6 batu itu runtuh. Lebih malang lagi, ia turut menyebabkan kereta-kereta dan orang di atas jambatan tersebut jatuh ke dalam air yang sejuk beku.


Menurut Pengawal Pantai, seramai enam orang telah dianggap meninggal dunia. Ini apa yang korang perlu tahu tentang tragedi jambatan Baltimore.

Artikel berkaitan: “Kapal terbang terhempas lepas keluarkan asap pink” – Ini 5 Parti ‘Gender Reveal’ Yang Berakhir Dengan Tragedi

Artikel berkaitan: Tragedi Jabalia: Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Letupan Di Kem Pelarian Palestin Yang Ragut Lebih 50 Nyawa

Kenapa jambatan runtuh?

0326 Nbridge Lede Collapse

Pada hari Selasa, jam 1.30 pagi waktu tempatan, satu kapal kargo Singapura yang dinamakan sebagai DALI telah melanggar salah satu tiang jambatan yang berusia 47 tahun itu.

Menurut Pengarah Eksekutif Persatuan Jurupandu Amerika Clay Diamond, pemandu kapal bagaimanapun telah mencuba sedaya upaya untuk memperlahankan kelajuan kapal dan menghentikan ia dari hanyut ke kanan ke arah jambatan tersebut.

Beberapa minit sebelum tiba ke jambatan, telah berlakunya blackout di atas kapal. Ini bermakna kapal tersebut telah kehilangan kuasa enjin dan elektrik.”

Pemandu kemudiannya telah memberikan beberapa arahan supaya kapal tersebut dapat berlabuh ke kiri dan sauh dijatuhkan.

Menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura, menjatuhkan sauh merupakan salah satu protokol kecemasan. Mereka juga turut mengesahkan bahawa DALI tak berada di bawah kuasa enjin ketika insiden tersebut berlaku.

Disebabkan kehilangan kuasa, kapal tersebut sukar untuk dikawal dan telah melanggar Jambatan Francis Scott Key.”

Video pelanggaran yang tular di media sosial juga turut menunjukkan kapal berukuran 984 kaki ini telah berada di saluran yang salah ketika ia menghampiri jambatan tersebut.

Ekoran itu, kapal tersebut telah melanggar tiang jambatan dan tidak belayar di bahagian jambatan yang sepatutnya.

Misi menyelamat jadi misi mencari mayat

1 Image.jpg

Enam orang yang berada di atas jambatan tersebut ketika ia runtuh telah hilang dan dikhuatiri meninggal dunia. Mangsa-mangsa tersebut termasuklah warganera Mexico dan Guatemala.

Wakil Kedutaan Mexico, Rafael Laveaga mengesahkan kepada wartawan yang berada berhampiran tempat kejadian bahawa mangsa yang terjatuh ke dalam air termasuklah warga Mexico. Namun dia tak mengesahkan berapa orang.

Kami tahu orang kami terlibat. Mereka adalah krew yang membaiki bahagian-bahagian berlubang di atas jambatan dan orang-orang kami jugalah yang akan membina jambatan ini semula.”

Manakala Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Guatemala mengesahkan bahawa salah seorang pekerja pembinaan di atas jambatan tersebut adalah lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari San Luis, Petén dan seorang lagi merupakan lelaki berusia 35 tahun dari Camotán, Chiquimula.

Menurut Rafael, masih terlalu awal untuk memastikan kerakyatan mangsa-mangsa yang terlibat namun akan mengikuti perkembangan dan pencarian tersebut bersama pihak berkuasa.

Untuk pengetahuan korang, kesemua mangsa yang jatuh merupakan pekerja pembinaan yang sedang membaiki lubang di atas jambatan ketika pelanggaran berlaku.

Laksamana Pengawal Pantai Shannon Gilreath mengatakan, suhu air dan jarak masa sejak insiden tersebut berlaku telah membuatkan kumpulannya membuat keputusan untuk menukar dari misi menyelamat kepada misi mencari mayat.

Ketika ini, kami tak percaya yang kami akan temui mana-mana individu ini dalam keadaan masih hidup.”

Terdapat beberapa kereta yang dikesan melalui teknologi sonar telah tenggelam di dasar lautan selepas kemalangan tersebut, namun tiada mangsa dilaporkan berada di dalam kereta-kereta tersebut dan ia dipercayai milik pekerja-pekerja pembinaan.

Manakala orang-orang yang berada di dalam DALI pula dipercayai tidak tercedera.

Kronologi keruntuhan Jambatan Francis Scott Key

Bb1Ka0Qm.img

12.28 A.M

Kapal kargo DALI telah memulakan pelayaran dari pelabuhan di Baltimore menuju ke Colombo, Sri Lanka.

1.24 A.M

Lampu kapal DALI berkelip-kelip sambil ia berlayar di Sungai Patapsco.

1.26 A.M

Kapal tersebut mula mengubah arah menghala ke tiang jambatan.

1.26 ke 1.27 A.M

Lampu kapal berterusan berkelip.

1.27 A.M

Kapal telah melanggar jambatan sekaligus menyebabkan ia runtuh serta merta. Pengawal kapal telah bergerak ke tempat kejadian sejurus selepas kemalangan berlaku.

1.40 A.M

Pusat 911 menghantar panggilan ke Jabatan Bomba Bandar Baltimore untuk laporan penyelamatan air di Sungai Patapsco. Menurut Ketua Bomba Baltimore James Wallace, ketika unit bergegas ke tempat kejadian, pegawai bomba mula menerima panggilan mengenai beberapa orang yang berada di dalam air.

1.50 A.M

Pihak bomba merupakan unit pertama yang tiba di tempat kejadian dan melaporkan keruntuhan jambatan tersebut.

Harap mangsa-mangsa yang terlibat dapat ditemui…

Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.