in

“Tiba-tiba jadi sangat fasih” – KJ Berseloroh, Lepas Cucuk Vaksin Sinovac Tiba-Tiba Fasih Cakap Bahasa Mandarin

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika semalam Perdana Menteri kita melengkapkan dos kedua bagi vaksin Pfizer-Biontech, hari ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menerima suntikan vaksin Sinovac sebentar tadi.


41616047080 Khairyjamaluddin

Namun apa yang menarik perhatian ialah reaksi Khairy selepas 30 minit menerima vaksin tersebut yang berseloroh mengatakan beliau kini sudah fasih bertutur dalam Bahasa Mandarin, lapor Astro AWANI.

Dalam sidang media di Hospital Rembau, Ahli Parlimen Rembau ini memulakan sidang media dengan berbahasa Mandarin dan kemudian menerangkan maksudnya.

Saya sebutkan tadi bahawa saya telah menerima vaksin Sinovac dan bahasa Mandarin saya sekarang tiba-tiba sangat fasih,” katanya sebelum disambut dengan ketawa daripada media.

Menerusi sidang media tersebut, Khairy juga menjelaskan mengapa beliau memilih Sinovac berbanding Pfizer-Biontech kerana beliau mahu menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang vaksin itu juga selamat dan berkesan.

“Saya pilih Sinovac sebab rakan saya lain ambil Pfizer. Jadi ada rakyat Malaysia kata vaksin itu selamat tapi tak pasti untuk vaksin lain. 

“Jadi saya kata baik, saya ambil vaksin ini (Sinovac) supaya mereka lihat menteri yang bertanggungjawab dalam program imunisasi kebangsaan juga ambil vaksin ini,” jelasnya.

Tengok YB KJ ambil vaksin Sinovac rasa semakin confident pulak ye nak ambil vaksin ni. 

Baca: [TERKINI] PM Selesai Terima Suntikan Kedua, Jadi Individu Pertama Lengkapkan Vaksin Pfizer-Biontech

Meow

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.