in

“Tiada yang jatuh sakit” – Sup Unik Kedai Di Thailand, Direneh Lebih 45 Tahun Tak Pernah Buang

Sup4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, korang simpan makanan berapa lama? Kalau min, paling lama pun simpan 3 ke 4 hari dalam peti sejuk.


Tapi lain pula dengan kedai makan di Thailand ni, dorang guna sup separuh abad untuk jadikan hidangan kepada pelanggan!

Macam mana tu?

 

Tak pernah buang lebihan sup, esok masak balik hidang ke pelanggan!

Tak pernah buang?!?

Ramuan ‘unik’ restoran di Thailand ini adalah sup yang tak pernah dibuang sepanjang tempoh mereka berniaga!

Selama 45 tahun, kami tak pernah buang lebihan kuah sup. Kami simpan kuahnya semalaman kemudian memasaknya semula pada esok hari.”

Apabila kami habis berniaga, kami akan terus memanaskan sup itu untuk semalaman dengan api yang perlahan. Esoknya, kami cuma tambah sahaja bahan apa yang perlu untuk menghasilkan sup itu.”

Menariknya, selama kedai tersebut beroperasi, tiada pelanggan yang pernah jatuh sakit atau mengalami keracunan makanan.

 

Ni kerak tersimpan hasil tumpahan kuah di periuk tu, tak pernah korek ya. Dah jadi macam kawah tapi dalam kedai.

Sup6

 

Keistimewaan mereka termasuk daging lembu rebus, daging lembu dihiris mentah, bebola daging, daging babi atau organ dalaman lain dan bihun.

Bagaimanapun, pemiliknya mengatakan, kuah adalah aspek yang paling penting dalam ramuan.

 

 

Restoran Wattana Panich, sememangnya unik! Kalau korang nak rasa, bolehlah pergi ke Bangkok.

 

Sumber : nypost , greatbigstory

 

Baca : Unik! Nekobiyaka, Satu-satunya Kafe Kucing Hitam Di Dunia

Sup5

Sumber: youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.