in

“Tiada pergerakan ke luar negara” – 3 Beranak Dilapor Hilang Sejak 20 Julai Rupanya Didakwa Sebab…

3 Beranak Hilang Hutang Kutu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan tiga beranak dari Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, Kedah sejak 20 Julai lalu sehingga kini masih belum terjawab.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, polis tidak menolak kemungkinan isu hutang berkaitan permainan kutu menjadi punca kehilangan keluarga itu.


Masih disiasat kes ‘Orang Hilang’

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pihaknya setakat ini menerima satu laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa menjadi mangsa hutang kutu melibatkan pasangan suami yang dilaporkan hilang.

Menurutnya, lelaki berusia 23 tahun itu membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM25,000.

“Setakat ini kita masih mengesan mereka termasuk suami wanita itu yang berusia 39 tahun dan anak mereka berusia sembilan tahun yang masih hilang,” katanya.

Whatsapp Image 2026 08 04 At 2.53.26 Pm 1

Artikel berkaitan: Tersenarai Sebagai Orang Hilang Sejak 2019, Wanita Akhirnya Ditemui Selamat Di Langkawi Rupanya…

Artikel berkaitan: “Selamat menikmati wang haram” – Mak Kutu Bawa Lari Duit 1 Juta, Wanita Hantar Ucapan ‘Bermakna’ di Hari Perkahwinan

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada rekod pergerakan tiga beranak berkenaan keluar negara setakat ini.

Polis kini menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan mereka menjadi mangsa jenayah atau terlibat dalam kemalangan.

“Siasatan masih dijalankan sebagai kes orang hilang. Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya ternampak mereka,” katanya.

Sebelum ini, tiga beranak terbabit dilaporkan hilang dan gagal dihubungi selepas keluar dari rumah mereka di Bukit Kayu Hitam sejak 20 Julai lalu.

Susulan itu, bapa wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, semalam selepas gagal mengesan anak perempuan, menantu serta cucunya itu.

Sementara itu, hasil siasatan CCTV di perumahan tersebut mendapati tiga individu terbabit ada pulang ke rumah dengan sebuah kenderaan pada pukul 1.12 pagi kelmarin dan keluar semula dari situ kira-kira sejam lapan minit kemudian.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.