Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyokong serta meriahkan lagi kejohanan MotoGP baru-baru ini sememangnya menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, beliau memilih untuk meluangkan masa dan bersantai bersama para peminat sukan permotoran di kawasan perkelahan K2 Hillstand.
Suasana penuh meriah itu dikongsikan oleh pencipta kandungan tempatan, Jason Yew menerusi hantaran di platform Threads, yang memaparkan momen bersahaja PMX melayan gelagat penonton di sana.
Artikel berkaitan: “Satu ingatan yang sangat kami hargai ” – Bella Astillah & Syed Saddiq Terima Hadiah Perkahwinan Daripada PMX & Dr Wan Azizah
Artikel berkaitan: Daripada Jeneral NATO Ke ‘Cameraman’ F1: Sisi Luar Biasa Presiden Republik Czech, Petr Pavel
View on Threads
Namun begitu, di sebalik keseronokan PMX bersila di atas rumput menyantuni orang ramai, ada satu perincian melucukan yang berjaya mencuri tumpuan warganet.
Menerusi perkongsian gambar dan video berkenaan, kelihatan PMX sedang duduk rapat bersama beberapa penonton termasuk seorang kanak-kanak lelaki di sebelah beliau. Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah aksi selamba budak berkenaan yang kelihatan begitu selesa sehingga tanpa sengaja ‘memarkir’ sikunya pada paha PMX sewaktu tekun menyaksikan perlumbaan di litar!

Momen bersahaja itu terus menjadi bualan hangat netizen di ruang komen yang rata-ratanya berasa terhibur melihat gelagat kanak-kanak berkenaan yang langsung tidak menunjukkan rasa kekok walaupun duduk bersebelahan dengan pemimpin nombor satu negara.
Sumber: Threads
