in

“Ya Allah aku tidak berdaya lagi” – Hantaran Terbaru Ibu Zahirah Macwilson Timbulkan Pertanyaan?

Syaz Ft 2026 06 29T145038.115

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan kekeluargaan dalam kalangan selebriti sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila ibu kepada pelakon popular Zahirah Macwilson, iaitu Maslinda Yusoff, memuat naik satu hantaran yang sarat dengan emosi di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Hantaran tersebut nyata mengundang pelbagai pertanyaan dalam kalangan warga maya mengenai status terkini hubungan mereka dua beranak.


Menerusi perkongsian di Instagram tersebut, Maslinda secara terbuka mendedahkan bahawa hubungannya dengan anak perempuannya itu sebenarnya sudah mula renggang dan tidak rapat sejak bulan Ogos 2024 yang lalu.

Artikel berkaitan: Zahirah MacWilson Ditegur, Sanggup Buat Adegan Merokok Demi Watak Walau Tak Suka

Artikel berkaitan: “Papa nyaris nak cemarkan majlis”  Bapa Dedah ‘Sesuatu’ Berlaku Pada Malam Zahirah & Aiman Diijabkabulkan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maslinda Yusoff (@maslindayusoff_)

Malah, beliau dan suami juga difahamkan sudah beberapa kali turun ke Kuala Lumpur dalam usaha untuk memulihkan keadaan secara peribadi, termasuk menggunakan khidmat ustaz sebagai orang tengah, namun usaha murni itu mendakwa tidak diterima dengan baik.

“Dah lama saya berdiam diri dan bersabar tapi bila dia whatsapp saya semalam dan berkata sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan hati saya, kesabaran saya terus hilang, Allahuakbar,” tulisnya.

Kecewa dengan tindakan dan mesej yang diterima, Maslinda meluahkan rasa terkilan yang amat mendalam terhadap sikap anaknya itu yang disifatkan sebagai melampau. Gara-gara tidak mahu lagi berfikir panjang, beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara sebenar di media sosial.

“Semakin saya biarkan semakin melampau dan biadap! Sebab tu saya tidak berfikiran panjang satu terus update di social media. Saya tahu anak saya lebih takut kepada social media dari kemurkaan Allah,” luahnya.

Di akhir perkongsiannya, Maslinda turut menitipkan doa agar segala doa yang pernah dipanjatkan ketika berada di depan Kaabah dan di padang Arafah dimakbulkan. Beliau dilihat seakan-akan sudah pasrah dan menyerahkan segala kekusutan urusan keluarganya itu kepada ketentuan Yang Maha Esa.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.