Semalam, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua 7 pertuduhan membabitkan dana RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.
Dengan itu, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan yang dilakukannya.
Kecewa dan sedih dengan keputusan hakim tersebut, Najib semalam meluahkan perasaannya dan rasa terharu kepada penyokong di laman Facebook rasminya.
“Satu hari yang panjang. Datang dan berlalu pergi…”
Menerusi perkongsian tersebut, bekas PM itu tidak menyangka begitu ramai penyokongnya datang untuk memberi sokongan di mahkamah.
Mereka kesemuanya datang daripada pelbagai lapisan umur, tak kira tua mahupun muda serta yang sakit dan berkerusi roda.
“Tidak saya sangka. Saya ada ‘aset’ yang begitu bernilai dalam saudara-saudari”
Tambah Najib lagi, dia tidak menyangka begitu ramai yang masih menyokongnya meskipun dia kini sudah tiada apa-apa.
Posting tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi positif daripada penyokongnya yang kebanyakan berharap pemimpin tersebut bertabah dengan dugaan yang dihadapinya.
Mujurlah bossku masih ada sokongan daripada pengikut setianya. Bertabahlah.
Baca: [TERKINI] Hakim Jatuhkan Hukuman Penjara 12 Tahun & Denda RM210 Juta Ke Atas Najib Razak