in

“Tgk cermin pandang belakang, mayat bangun” – Kisah Mendebarkan Dilalui Pemandu Van Jenazah Pada 1980an

ft drivervan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita terfikir bagaimana agaknya cabaran bekerja sebagai penjaga bilik mayat mahu pun pemandu van jenazah. Apatah lagi dalam filem pun ada babak-babak seram membabitkan dua pekerjaan ini, membuatkan kita sendiri rasa seram sejuk membayangkan keseraman dilalui mereka ketika bertugas.

Senin Jais, 78, merupakan bekas pemandu van jenazah dan ambulans Hospital Melaka dan sepanjang 30 tahun berkhidmat ada pengalaman yang dia sendiri tidak dapat lupakan. Katanya kejadian itu berlaku sekitar tahun 1980-an ketika dia membawa jenazah dari Hospital Melaka ke Batu Pahat, Johor dan ditemani penjaga rumah mayat, Rohani Akop.


senin

 

Mayat bangkit dari pembaringan!

Ketika dalam perjalanan, mereka berdua terkejut apabila mayat lelaki dibawa tiba-tiba bangun dari pembaringan. Mayat itu hanya dibaringkan di atas alat pengangkat saja tanpa boleh ditutup disebabkan ia berbadan besar

Menyaksikan mayat bangkit dari pembaringan adalah peristiwa tidak dapat dilupakan sehingga kini.”

Kejadian berlaku ketika kami sampai ke Muar. Melalui cermin pandang belakang, saya dapati mayat itu bangun walaupun ditutup kain putih.”

Kira-kira 10 hingga 15 minit kemudian, mayat terbabit baring semula sehinggalah kami tiba kediaman keluarga mayat berkenaan.”

jenazah

Menurut Harian Metro, Senin berkata dia bersyukur diberi kekuatan dan semangat sepanjang perjalanan untuk menyelesaikan tugas menguruskan jenazah itu dengan selamat.

Saya bersyukur tiada sebarang kemalangan berlaku sepanjang bertugas membawa ambulans, van jenazah dan lori sampah di hospital.”

Malah kerjasama baik diberikan orang ramai yang memberi laluan ketika ambulans melalui kawasan perumahan dan kampung juga melancarkan pergerakannya membawa pesakit.”

van

Antara pengorbanan yang dilakukan pemandu van jenazah bagi mememuhi tanggungjawab dan amanah adalah bekerja ketika Aidilfitri apabila dipanggil untuk bertugas. Meskipun dilihat hanya memandu namun kata Senin tugas pemandu di hospital mencabar kerana perlu fokus yang tinggi di atas jalan raya.

Apa cabaran korang dalam bekerja? Ce share.

Baca: [Video] Seram! Wanita Tak Sengaja Terakam Kelibat ‘Sosok Misteri’ Melintas Di Hospital Sakit Jiwa Usang

FT HANTU FINAL

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.