in

[Video] Seram! Wanita Tak Sengaja Terakam Kelibat ‘Sosok Misteri’ Melintas Di Hospital Sakit Jiwa Usang

Ft Hantu Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ‘pemburu hantu’, Kayleigh Love akui ‘kecut perut’ selepas dia secara tidak sengaja terakam satu ‘sosok misteri’ yang secara tiba-tiba memunculkan diri di penghujung koridor di sebuah hospital sakit jiwa yang telah lama ditinggalkan.


Menerusi rakaman video tersebut, jelas terlihat satu ‘penampakan’ entiti seakan-akan seorang wanita sedang berdiri sambil memerhati dua orang krew paranormal tersebut yang sedang menjelajah hospital usang berkenaan.

Memetik laporan Mirror, Kayleigh Love turut mengatakan bahawa dia telah mendapat ‘jackpot’ paranormal ketika ‘entiti’ tersebut menampakkan dirinya pada ketika itu.

 

Mula-mula kosong, tiba-tiba muncul pula

Hantu 1

Pada awal rakaman video tersebut, tidak terdapat sebarang penampakan mana-mana manusia atau entiti berada di koridor kosong berkenaan, Namun, secara tiba-tiba muncul pula kelibat seakan-akan tubuh manusia sedang berdiri di penghujung koridor itu.

Love yang pada awalnya tidak perasan kewujudan lembaga tersebut kemudiannya dilihat merendahkan sedikit kameranya, namun setelah dinaikkan semula beberapa saat kemudian, lembaga tersebut terus menghilang.

 

Berasa seram dan tidak senang

Wanita itu akhirnya mula perasan penampakan entiti tersebut ketika dia menyemak semula video yang dirakamnya itu untuk proses menyunting.

Kecut perut saya. 

“Semasa saya sedang menyunting video tersebut di kemudian hari untuk memperlahankannya supaya penonton dapat melihat kelibat itu, ia membuatkan saya berasa seram dan tidak senang.”

Hantu Muncul

 

Gambaran menyamai hospital sakit jiwa yang telah lama ditutup

Wanita itu yang juga merupakan seorang penyiasat paranormal dalam saluran Youtubenya, Love To Investigate, walau bagaimanapun enggan mendedahkan nama hospital sakit jiwa yang dilawatinya itu.

Namun, dalam deskripsinya mengenai tempat tersebut, terdapat gambaran bahawa tempat ‘anker’ itu menyamai Hospital Mid-Wales, iaitu sebuah fasiliti psikiatri di Talgarth, Powys yang telah dibuka sejak tahun 1903 sehingga 1999.

Hantu Hospital

 

Percaya ‘dia’ pesakit yang terperangkap 

Ujarnya,

Saya percaya ‘dia’ merupakan salah seorang pesakit yang masih terperangkap disitu dan biliknya berada di koridor berkenaan. 

Saya rasa cerita mengenainya perlu didedahkan dan ini merupakan caranya untuk berkomunikasi dan membebaskan dirinya daripada kawasan tersebut. 

Tambahnya lagi,

“Melihat semula rakaman tersebut, sehingga sekarang ia masih menghantui saya apabila memikirkan bahawa kami berada dekat dengannya dan ‘dia’ seakan-akan cuba berjalan ke arah kami.”

“Apa yang lebih memeranjatkan kami ialah ‘dia’ bukanlah hanya bayangan yang samar-samar, tetapi ‘dia’ menampakkan dirinya dalam keadaan yang sempurna.” 

Love yang berasal dari Swansea turut menyatakan bahawa rakamannya itu telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Baca: “Jangan zoom in, tak payah” – Lelaki Kongsi Gambar Entiti Misteri ‘Mengintai’ Di Sebalik Pintu

Baca Hantu

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.