in

“Sekolah lain patut ikut!” – Sekolah Di Kedah Perkenal ‘Drop Box Station’ Untuk Tolong Pelajar Takde Internet

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan oleh pandemik, pelajar sekolah menengah dan rendah perlu meneruskan pembelajaran di rumah. Namun macam yang kita tahu, tak semua orang ‘mampu’ untuk belajar di rumah.


Sejak akhir-akhir ini kita sering lihat keluhan ibu bapa yang tak mampu untuk berikan anak gadjet atau pun pasang internet di rumah. Tambah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang…

Sudahnya, anak-anak ketinggalan pelajaran.

Namun sekolah SK Taman Ria di Kedah telah mengambil langkah proaktif bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah untuk belajar di rumah.

Perkara ini telah dikongsikan di Twitter oleh Pemimpin GSL di Twitter:

SK Taman Ria sedar yang ada pelajar yang tak ada akses data atau peranti dan sukar untuk teruskan dengan pembelajaran dalam talian. Disebabkan ini, mereka telah memperkenalkan program ‘Drop Box Station’ di mana ibu bapa boleh datang ke sekolah untuk mengambil modul pembelajaran.”

Dengan cara ini, ibu bapa boleh datang ke sekolah pada bila-bila masa untuk mengambil bahan pembelajaran anak dan bila dah siap, boleh serahkan semula kepada cikgu untuk dibetulkan dan ambil bahan yang baru.

Esjlluzuuaao Zs

Kalau korang nak tahu, idea ini dicetuskan oleh cikgu-cikgu dengan bantuan ibu bapa dan pejabat daerah dan negeri.

Sekolah ini percaya, selepas setahun di dalam pandemik, penting untuk sekolah, guru dan komuniti fikirkan penyelesaian inovatif bagi memastikan semua pelajar mempunyai akses pendidikan.”

Syabas SK Taman Ria!

 

Baca: “Sekolah tutup bukan pakai facilities” – Nabila Huda Luah Rasa Kesal, Anak Belajar Kelas Online Tapi Yuran Sekolah Kena Bayar Full

Screenshot 2021 02 02 At 2.43.07 Pm

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.