in

[TERKINI] KJ Sahkan Kabinet Telah Letak Jawatan?

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Bersatu telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat perletakkan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.



Perkara ini diumumkan selepas mesyuarat ahli Bersatu dijalankan awal pagi semalam.

Ekoran ini ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti akan nasib negara serta kedudukan perdana menteri hari ini.

Sebentar tadi, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin telah mengesahkan perkara ini melalui Instagram rasminya.

Khairy mengatakan kabinet telah pun meletak jawatan di hadapan Agong serta mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berkhidmat kepada negara.

Kabinet telah pun meletakkan jawatan kepada Agong. Terima kasih untuk peluang sekali lagi berkhidmat untuk negara. Moga tuhan merahmati Malaysia.”

Setakat ini masih belum ada lagi pengumuman rasmi dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Screenshot 2021 08 16 At 1.30.19 Pm

Berita lanjut menyusul.

 

Baca: PM Akan Serahkan Surat Perletakan Jawatan Esok Kepada YDPA?

Screenshot 2021 08 16 At 1.36.08 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.