Spekulasi status Kim Pan Gon akhirnya terjawab apabila beliau secara rasmi telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengendali Harimau Malaya sebentar tadi setelah hampir tiga tahun dalam pasukan itu.
Dalam satu sidang media khas di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor, jurulatih dari Korea Selatan itu mengesahkan khabar angin yang tular baru-baru ini.
Artikel berkaitan: “Saya tak boleh tengok…” – [VIDEO] Kim Pan-gon Sebak Bila Ditanya Mengenai Faisal Halim
Artikel berkaitan: “Jiwa raga untuk Malaysia” – Berjaya Layak Ke Piala Asia 2023, Netizen Puji Kim Pan Gon
Kim Pan Gon dalam satu kenyataan memberitahu bahawa beliau sangat sedih untuk meletakkan jawatan sebagai jurulatih Harimau Malaya.
“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, saya hari ini ingin mengumumkan saya akan meninggalkan jawatan saya dalam Harimau Malaya,” kata Pan Gon.
Memetik kenyataan FAM di Facebook, Pan Gon akan digantikan pembantunya, Pau Marti Vicente yang akan memegang jawatan itu sehingga aksi Pestabola Merdeka seperti mana disahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi.
“Untuk pengetahuan semua, Pan Gon telah berjumpa dengan pihak pengurusan FAM bagi menyatakan hasrat beliau untuk memendekkan tempoh kontraknya.
“Ia disusuli dengan beberapa lagi perjumpaan selepas itu yang mana kita cuba untuk memujuk beliau supaya mempertimbangkan semula hasratnya itu tetapi pada akhirnya, pihak pengurusan dan Jawatankuasa Eksekutif FAM menghormati keputusan beliau dan bersetuju untuk melepaskan Pan Gon dengan persetujuan bersama, biarpun beliau masih berbaki kontrak dengan FAM sehingga Disember 2025,” kata Datuk Wira Yusoff.
Sebagai rekod, antara pencapaian Pan Gon adalah berjaya melonjakkan skuad kebangsaan sehingga menghuni ranking ke-130 dunia selain berjaya membawa Malaysia mara ke Piala Asia 2023 secara merit serta naib juara Pestabola Merdeka 2023.
Sumber: Facebook