in

[TERKINI] Kemalangan Lebuhraya Sebabkan Gangguan Air Di 397 Kawasan Di KL & Selangor

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebanyak 397 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor akan mengalami gangguan air dari pukul 10 pagi hari ini akibat dari kemalangan sehingga menyebabkan pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang.


Menurut Facebook rasmi Air Selangor, kemalangan tersebut berlaku di Km75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju ke Kuala Lumpur semalam.

Berikutan henti tugas tidak berjadual LRA Langat 2 ini, para pengguna di sejumlah 397 kawasan di tiga wilayah Air Selangor iaitu Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air bermula pada jam 10:00 pagi, 11 Ogos 2022.”

Air Selangor menjangkakan LRA Langat 2 akan mula beroperasi semula pada jam 3.30 petang hari ini (11 Ogos 2022) nagi membolehkan proses air mentah dimulakan.

Bakalan air terawat ini dijangka akan disalurkan kepada pengguna secara berperingkat selepas sistem agihan air stabil.

Dekat bawah ni adalah semua senarai kawasan yang terkesan akibat gangguan air tidak berjadual ini.

297342877 432701435563838 7380491695663238392 N Side 298264282 432701415563840 7755399223056499623 N Side 298421457 432701438897171 2045493227864694073 N Side 298530607 432701428897172 7564572049631232433 N Side

Selain itu, lori tangki air juga akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal.

Kawasan korang kena tak tu?

 

Baca: Selangor &; KL Bakal Alami Gangguan Air Berjadual Hujung Mac Dan Awal April, Sila Simpan Air Cukup-cukup!

Cats 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.