fbpx
in

[TERKINI] Ini Senarai 23 Negara Yang Disekat Kemasukan Ke Dalam Malaysia Bagi Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang

Cc 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 3 September lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan untuk tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia.


Menerusi posting di Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), telah disenaraikan sebanyak 23 negara yang dihalang untuk masuk ke Malaysia bagi pemegang pas lawatan jangka panjang. Perintah ini telah dikuatkuasakan serta merta pada hari ini 7 September 2020.

23 Negara Yang Dilarang Masuk Ke Malaysia

  • Amerika Syarikat
  • Brazil
  • India
  • Rusia
  • Peru
  • Colombia
  • Afrika Selatan
  • Mexico
  • Sepanyol
  • Argentina
  • Chile
  • Iran
  • United Kingdom
  • Bangladesh
  • Arab Saudi
  • Pakistan
  • Perancis
  • Turki
  • Itali
  • Iraq
  • Jerman
  • Filipina
  • Indonesia

C 3

Ismail Sabri berkata, terdapat beberapa kes yang diberi pelepasan yang membabitkan kecemasan, ataupun urusan berkaitan hubungan hala dua negara, dengan syarat telah mendapat kelulusan Jabatan Imigresen.
Sekatan ini juga terbahagi kepada enam kategori, antaranya mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen, lapor Astro Awani.
C1 1 2
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top