in

[TERKINI] Bekas Menteri Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor Didapati Bersalah Kes Rasuah RM2 Juta

Tengku Adnan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini telah didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan. 


Menurut Berita Harian, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan berikut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tengku Adnan telah dituduh melakukan kesalahan tersebut di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes Ahli Parlimen Putrajaya itu telah bermula pada 2 Julai tahun lalu dengan pihak pendakwaan memanggil 23 orang saksi untuk beri keterangan.

Antara saksi pendakwaan yang dipanggil ialah dua bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta Pengarah AKSB, Tan Sri Chai Kin Kong.

Baca: “2 juta macam 200” – Ku Nan Tak Rasa 2 Juta Tu Bernilai Sebab Pada Dia Macam ‘Duit Poket’ Je

Ku Nan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.