in

“2 juta macam 200” – Ku Nan Tak Rasa 2 Juta Tu Bernilai Sebab Pada Dia Macam ‘Duit Poket’ Je

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli politik Malaysia Tengku Adnan sekarang ni tengah jalani pertuduhan salah laku lepas dia dikatakan telah menerima rasuah sebanyak RM2 Juta dari seorang ahli perniagaan.


Menurut Berita Harian, Tengku Adnan yang dikenali ramai sebagai Ku Nan mengatakan, duit RM2 juta ini tak bernilai dimatanya kerana jumlah tu macam “duit poket” je.

Ku Nan cakap macam ni kepada Mahkamah Tinggi tadi bila pendakwaraya awam, Julia Ibrahim tanya sama ada jumlah RM2 juta bernilai bagi dia.

Julia: Adakah duit RM2 juta tu bernilai untuk anda?

Ku Nan: Tak, pada saya jumlah tu hanyalah seperti duit poket je.

Julia: Tapi untuk orang lain ia mungkin bernilai?

Ku Nan: Saya tak tahu.

589445 768X526 1

Julia: Saya andaikan duit RM2 juta tersebut digunakan untuk kepentingan peribadi?

Ku Nan: Tak setuju. Saya hanya perlukan duit tu untuk pilihanraya, tak lebih dari itu. Saya tak minta apa-apa dari presiden atau orang lain. Saya mampu berdiri sendiri.

Kalau korang nak tahu, pada awal perbicaraan, Ku Nan hilang sabar bila Julia rujuk kenyataannya dan bertanya kenapa dia kata pertuduhan ini tak releven untuknya.

Ku Nan: Bekas Peguam Negara telah gugurkan pertuduhan ke atas bekas menteri kewangan (Lim Guan Eng). So kenapa saya dikenakan pertuduhan yang sama dan awak pergi cakap dengan media dan calarkan imej saya. Ia tak adil.

Dalam perbicaraan ini juga, Ku Nan turut menegaskan, wang RM2 juta yang diterimanya bukanlah hadiah jadi dia tak perlu laporkan pada perdana menteri.

Dia juga turut mengatakan, sebelum masuk politik lagi dia dah mempunyai kewangan yang bagus jadi keputusan dia untuk sertai politik hanyalah kerana dia ambil berat tentang perkembangan negara.

Sebelum ini, Ku Nan terpaksa mendedahkan jumlah asetnya kepada umum dan mengesahkan yang dia pernah declare jumlah asetnya yang melebihi RM938 juta pada tahun 2001 kepada perdana menteri.

 

Baca: “Padahal rakyat kais pagi makan pagi” – Netizen ‘Geram’ Dapat Tahu Jumlah Aset, Ku Nan Memang Dah Kaya Sebelum Jadi Menteri?

Asset Ku Nan

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.