in

Tengku Adnan Bebas Daripada Tuduhan Rasuah, Hukuman Penjara 12 Bulan Serta Denda RM2 Juta Diketepikan

Jabba The Hut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Rayuan hari ni telah melepas dan membebaskan Tengku Adnan Tengku Mansor, 70, daripada tuduhan rasuah, sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta diketepikan.


Menurut Astro AWANI, panel hakim iaitu Datuk Suraya Othman dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin telah bersetuju bahawa keputusan ini dibuat berdasarkan keterangan Tan Sri Chai sebelum ini dan keterangan daripada pegawai sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Saad Bordani yang mengesahkan sumbangan wang tersebut adalah sumbangan politik.

Datuk Suraya juga mendapati keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Zaini Mohd Mazlan tak miliki arah yang jelas dan tersalah arah.

Dengan itu, panel hakim membuat keputusan tertuduh harus dibebaskan.

Terdahulu, pada 21 Disember lepas, Tengku Adnan telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Ahli Parlimen Putrajaya yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan ini untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan.

1135394

Tengku Adnan telah didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd.

Beliau dikatakan mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.

Baca: Baru Kecoh Pasal Wedding Drive-Thru, Satu Lagi Majlis Kahwin Anak Ku Nan Tiada Penjarakan Fizikal?

Kahwin Anak Ku Nan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.