in

Baru Kecoh Pasal Wedding Drive-Thru, Satu Lagi Majlis Kahwin Anak Ku Nan Tiada Penjarakan Fizikal?

Ft Kunan

Baru-baru ini, viral tentang perkahwinan drive-thru anak lelaki Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Nan, di Putrajaya. Majlis itu dihadiri oleh 10,000 tetamu dan telah menerima kritikan hebat daripada ramai netizen di media sosial.

Majlis perkahwinan Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan dan Oceane Cyril Alagia itu diadakan di hadapan bangunan Istana Kehakiman pada jam 11 pagi hingga 2 petang.

Ketika ditanya tentang hal itu, anak lelaki Ku Nan mengatakan bahawa majlis perkahwinan itu diadakan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Namun, belum reda dengan hal tersebut kali ini gambar di majlis kahwin yang berbeza pula menunjukkan ia tidak mengikut SOP.

Konsep majlis ini diadakan adalah cetusan idea daripada ayah saya sendiri, Tengku Adnan yang mahu majlis ini turut diraikan bersama seluruh warga Putrajaya yang saya anggap sebagai keluarga saya sendiri kerana telah membesar di sini sejak kecil.”

Melalui Instagram bapa saudara pengantin, Tengku Naufal dan salah seorang tetamu, Mohd Sharkar, majlis itu diadakan secara tertutup dan tetamu dilihat duduk di meja yang disediakan tanpa penjarakan fizikal 1 meter seperti yang telah ditetapkan.

Beberapa ahli politik dan ahli UMNO dilihat bergambar bersama ketika berada di majlis kahwin tersebut. Majlis itu juga turut mempunyai persembahan penyanyi seperti Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah.

Melalui ruangan komen, seorang netizen dilihat bertanya bagaimana majlis kahwin dibenarkan ketika PKPB. Pemilik gambar tersebut kemudian menjawab bahawa majlis itu diadakan di Putrajaya dan tetamu mematuhi SOP.

Dr2

Dr3

Baca: [TERKINI] Bekas Menteri Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor Didapati Bersalah Kes Rasuah RM2 Juta

Tengku Adnan

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram