in

Terkenal Dengan Watak Air Mata, Pelakon Abu Bakar Omar Meninggal Dunia Pagi Ini

Omar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon veteran yang sering muncul di drama tv dan melakonkan watak-watak yang menyentuh jiwa, Abu Bakar Omar telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.04 pagi di Hospital Alor Setar, Kedah hari ini.


Antara orang pertama yang memaklumkan perkara tersebut ialah pelakon Sharifah Shahira menerusi akaun Instagram sebentar tadi.

Hari yang barakah Jumaat, bulan yang mulia. Takziah buat keluarga Allahyarham. Al Fatihah.” 

Allahyarham yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar telah dilahirkan pada 25 April 1948 dan pernah membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Fenomena, Cinta Kolesterol, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung.

Abu Bakar meninggal dunia pada usia 73 tahun dan pemergiannya juga amat dirasai oleh rakan artis seperjuangannya seperti Aziz M Osman, Norlia Ghani dan lain-lain.

#LensaFINAS#BelasungkawaFINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga…

Posted by FINAS Malaysia on Thursday, April 15, 2021

Innalillahiwainailaihirojiun… Wak Labib sudah tiada ?

Posted by Aziz M. Osman on Thursday, April 15, 2021

Salam takziah buat allahyarham Abu Bakar Omar. Semoga roh nya diantara orang yang beriman aamiin

Posted by Norlia Ghani on Thursday, April 15, 2021

Salam takziah dan Al Fatihah buat arwah. 

Baca: “Tersentuh hati” – Penerima Hati Pertama Malaysia Meninggal Dunia, Sempat Titipkan Hadiah Buat Doktor & Jururawat

Died

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.