in

“Tersentuh hati” – Penerima Hati Pertama Malaysia Meninggal Dunia, Sempat Titipkan Hadiah Buat Doktor & Jururawat

Afiqhati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita sedih menyelubungi pagi ini apabila penerima hati pertama Malaysia, Mohd Afiq Iqmal dikhabarkan menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati kira-kira jam 5 pagi tadi.


Menurut Berita Harian, berita ini telah dimaklumkan oleh penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail ketika dihubungi media.

156053157 2974557679448364 3143139277806090134 N
Arwah afiq iqmal

Kisah kedua-dua penerima dan penderma hati ini pernah heboh di Malaysia suatu ketika dulu apabila Wan Mohd Hafizam telah menyatakan kesediaannya dalam mendermakan sebahagian hati buat Afiq yang ketika itu baru berusia 14 bulan.

Wan Mohd Hafizam yang merupakan seorang anggota APM terdorong untuk membantu kanak-kanak itu walaupun mereka tiada pertalian saudara dan keputusan itu katanya dibuat atas dasar kemanusiaan.

154765721 2974557639448368 478409475333139888 N

Namun selepas 23 tahun menjalani pembedahan tersebut, Afiq baru-baru ini dikhabarkan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati.

“Berita kematian adik Afiq dimaklumkan kepada saya oleh bapa Allahyarham, pagi tadi.

Kini jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang .Jenazah akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah,” kata Wan Mohd Hafizam.

 

Sempat rancang nak ‘surprise’ doktor dan jururawat 

Apa yang membuat ramai sebak mengenai Afiq ini ialah beliau dikatakan sempat membuat 35 tempahan khas cenderahati sebagai menghargai pengorbanan jururawat dan doktor Hospital Selayang yang merawatnya di wad selama ini. 

Menurut Wan Mohd Hafizam, Afiq katanya telah membuat tempahan khas berkenaan menerusi khidmat perancang kejutan dalam talian pada Disember lalu.

Sedih bila membaca coretan seseorg rakan IG yg hantar pada saya bekenaan Mohd Afiq Ikmal.. terima kasih para Dr dan…

Posted by Wan Mhd Hafizam on Saturday, February 27, 2021

 

Saya dihubungi seorang individu menerusi mesej peribadi (DM) Instagram ketika berkongsi keadaan Afiq yang masih tidak sedarkan diri sebelum ini.

“Individu itu mendedahkan bersama bukti perbualan mesej dan resit pembayaran dibuat Afiq yang membuat tempahan khas 35 cenderahati untuk petugas yang menjaganya di wad selama dia menerima rawatan di hospital.

“Apa yang membuat saya tersentuh hati, Afiq seolah-olah tahu dia akan pergi apabila membuat permintaan supaya bungkusan cenderahati itu diserahkan kepada jururawat dan doktor pada bulan ini,” katanya.

 

“Saya tergamam tidak keruan lepas mendapat panggilan…” 

Menceritakan detik-detiknya apabila mendapat tahu kematian Afiq, Wan Mohd Hafizam berkata dia berasa sangat terkejut dan terus bergegas ke hospital untuk menziarahi jenazah arwah.

156121771 2974557566115042 4376385361744846720 N

“Saya tergamam dan tidak keruan selepas mendapat panggilan daripada bapanya selepas solat Subuh tadi, sebelum bergegas ke hospital.

“Tidak seperti kebiasaannya ketika menguruskan jenazah lain, apabila melihat Afiq, kaki saya jadi lemah dan tidak kuat menghadapi situasi itu seolah-olah saya yang sedang kaku dimandikan.

“Namun, hati saya sejuk apabila tengok wajah dan kulit Afiq berseri-seri dan suci bersih,” katanya.

Penderma hati ini juga sempat mengiring jenazah Afiq yang bakal dikebumikan di kampung halaman bapanya dekat Tikam Batu, Sungai Petani pada Asar petang ini.

Menurutnya lagi, dia berasa reda dan bersyukur Allah memberi peluang kepadanya meminjamkan hati kepada arwah selama 22 tahun ini.

Al fatihah buat arwah Afiq Iqmal. 

Baca: Jurulatih Shaolin Soccer, Pelakon Legenda Ng Man Tat Meninggal Dunia

Ng Mantat

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.