Nampaknya ada satu lagi bencana berlaku di Wuhan, China. Selepas dilanda virus Covid-19 kini kota tersebut dilanda banjir teruk.
Menurut Suruhanjaya Sungai Huaihe Kementerian Sumber Air China, ia berikutan dengan cuaca hujan setiap hari, paras air dikatakan telah melebihi batas 6.85 meter di Sungai Huai.
Sungai Huai, yang sejauh 1, 000 kilometer (km), adalah sumber utama pengairan dan mengalir melalui pusat pembuatan di Provinsi Henan, Anhui dan Jiangsu.
Hujan lebat dilaporkan melanda China selama 2 minggu berturut-turut dari Chongqing di barat daya ke Shanghai di pantai timur. Beberapa kawasan di sepanjang Sungai Yangtze termasuk Wuhan di Provinsi Hubei dan di provinsi Jiangxi telah menyatakan amaran banjir tertinggi.
“Banjir berlaku serentak di Sungai Yangtze, Sungai Huai dan Danau Tai … Situasi pencegahan banjir sangat teruk,” kata Kementerian Sumber Air.
Malah, paras air di wilayah ini cenderung melebihi tparas maksimum yang dapat ditampung, menurut info tambahan daripada kementerian itu lagi.
Di Tasik Tai, yang bersempadan dengan Provinsi Jiangsu dan Zhejiang, paras air telah melangkaui batas had keselamatan, kata pemerintah China.
Hujan sehingga banjir di musim panas ke negara yang dipimpin oleh Xi Jinping ini berlaku hampir setiap tahun. Tetapi tahun ini kesannya semakin terasa, kerana wabak virus korona masih melanda dunia.
Banjir kilat sejak awal bulan ini telah memaksa sekitar 44 juta orang di 24 wilayah dari negara itu ‘melarikan diri’, terutama di selatan China. Lapor sumber.
Di Wuhan, Provinsi Hubei, helikopter digunakan untuk menjatuhkan batu ke celah bendungan yang rosak.
Kru dihantar untuk menyiasat tanggul yang ditenggelami air dan ribuan beg pasir diisi sebagai persediaan untuk kerosakan yang perlu ditutup segera.