in

“Terjumpa tak sedarkan diri, tangan pegang lidah” – Lelaki Potong Lidah Untuk ‘Stopkan’ Covid-19 Sebab Rindu Nak Balik Kampung

Collage 41

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini telah menyebabkan ramai orang stress lebih-lebih lagi bila tak dapat bersama dengan orang tersayang ketika ini.

Macam seorang lelaki di Gujarat, India ni. Dia ditemui tak sedarkan diri di lantai kuil sambil tangannya memegang lidahnya sendiri.

Menurut Times of India, lelaki tersebut adalah Vivek Sharma berusia 24 tahun yang telah berpindah dari Madhya Pradesh ke sebuah kampung di Suigam, Gujarat untuk bekerja sebagai pengukir batu.

12654650 0 Image A 10 1556101393619

Ketika disoal oleh pihak polis, rakan sekerja Vivek, Brijesh Singh mengatakan yang Vivek telah meninggalkan kuil tempat dia bekerja untuk ke pasar tapi tak pulang-pulang.

Bila semua orang mula menyedari “kehilangan” Vivek, abangnya telah menelefon Vivek namun orang lain yang jawab panggilan tersebut dan memberitahu lelaki tersebut telah memotong lidahnya sendiri.

Menurut laporan, Vivek telah memotong lidahnya di sebuah kuil bernama Nadeshwari. Lelaki ini dikatakan terlalu merindui kampung halamannya hingga dia tak senang duduk sejak kerajaan melarang orang untuk keluar dari negeri atau tempat masing-masing bagi membendung wabak Covid-10 dari tersebar.

75228828

Dikatakan, tujuan Vivek memotong lidahnya adalah sebagai upacara pengorbanan untuk dewa yang dipuja oleh lelaki ini dengan harapan dewa tersebut dapat menghentikan penyebaran virus ini.

Ketika ditemui, Vivek tak sedarkan diri dan telah dikejarkan ke hospital dan para doktor sedang cuba untuk pasang semula lidah lelaki ini.

Bagaimanapun, punca dan motif sebenar lelaki ini memotong lidahnya masih belum diketahui dan pihak polis mengatakan yang ianya masih dalam siasatan lagi.

 

Baca: “Cuba koyakkan lidah guna playar” – Ibu Dera Tiga Anak Tiri Kerana Jealous Suami Lebih Sayangkan Mereka

Screenshot 2020 04 20 At 2.57.16 Pm