Siapa yang tidak tahu kedai ‘Speedy’ kan? Sebelum munculnya Netflix, Spotify, Viu, dan pelbagai lagi media penstriman, Speedy lah tempat yang dicari-cari sama ada nak mencari album lagu baru ataupun mencari episod baru ‘Ultraman‘.
Tetapi semua itu hanyalah tinggal kenangan, sebab Speedy mengumumkan penutupan kedai-kedainya dan membuat jualan murah sempena penutupan di semua cawangan Malaysia. Sedihnya..
Menerusi laman Facebook rasmi Speedy, hanya terdapat 14 cawangan masih dibuka sebelum semua cawangan mereka akan ditutup secara rasmi keseluruhanya.
Terima kasih di atas sokongan anda selama beberapa tahun. Mohon kongsikan maklumat ini,”
Ramai juga yang bersedih atas penutupan Speedy ini. Rata-rata netizen mengambil peluang untuk mengimbau kembali kenangan membeli cd atau dvd kartun atau lagu kegemaran mereka di kedai ini.
Dengan pengumuman ini, maka berakhirlah era ‘Childhood‘ kepada mereka yang sempat merasai ‘lepak’ depan kedai Speedy ini sambil layan movie free. Terima kasih Speedy!
Baca: Patutlah bila nyanyi tegak je bulu roma – Cerita Seram Disebalik Lagu Tradisional & Ulek Mayang