in

Terima Aduan Popia Berbau Dijual Di Bazar, Pejabat Kesihatan Akan Buat Siasatan

Cats 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tampin ada menerima aduan berkenaan juadah popia basah yang dipercayai sudah berbau dan rosak dijual di Bazar Ramadan Stadium Tampin.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan, setakat ini pihaknya masih belum mendapat sebarang aduan berkenaan keracunan makanan di bazar tersebut.

Walau bagaimanapun, aduan tersebut sudahpun diambil kira dan siasatan akan dijalankan.

Whatsapp Image 2023 03 26 At 13.06.22

Selain itu, pemantauan di setiap bazar Ramadan juga akan terus dilakukan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

“Pemeriksaan dan penguatkuasaan bazar ramadhan akan di buat sebanyak dua pusingan di empat bazar di daerah tampin. Bahkan, taklimat juga sudah diberikan kepada pengendali bazar bagi memastikan mereka menyediakan juadah dengan baik.

“Selain itu, sekiranya berlaku kejadian seperti ini, pembeli boleh terus membuat aduan kepada pihak berwajib bagi tindakan sewajarnya,”, katanya kepada sumber.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan aduan seorang individu yang mendakwa terbeli popia sudah berbau dan busuk serta tidak sesuai lagi dimakan di bazar tersebut. Menurut individu tersebut, dia membeli juadah tersebut dengan harga RM5 bagi empat popia basah.

Kredit: Kosmo

BACA: Berang Ditegur Baca Doa Buka Puasa Terlalu Laju, Lelaki Pukul Bapa Dengan Kerusi

Cats 62

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.