in

Berang Ditegur Baca Doa Buka Puasa Terlalu Laju, Lelaki Pukul Bapa Dengan Kerusi

Cats 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara ditegur kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju, seorang lelaki tergamak memukul bapanya dengan menggunakan kerusi meja makan di kediaman mereka di Bandar Puncak Utama semalam.


Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 7.45 malam. Mangsa berusia 63 tahun mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan.

Menurutnya, kejadian berlaku disebabkan mangsa menegur suspek berusia 34 tahun itu membaca doa dengan terlalu laju semasa berbuka puasa. Suspek yang berang dengan teguran itu bertindak menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga kaki patah.

Aa

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh seorang daripada anak mangsa, yang turut menghubungi pihak polis untuk tindakan susulan. Difahamkan, pihak polis turut merampas kerusi meja makan yang digunakan dalam pergaduhan tersebut.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati mangsa mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan.”, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017 dimana jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh boleh sampai setahun atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya

Untuk rekod, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dan dibenarkan reman selama tiga hari sehingga 27 Mac ini.

Kredit: Harian Metro

BACA: Kecoh Staf Viralkan Video CCTV Tunjuk Wanita Tak Puasa, Burger King Ambil Tindakan

Capture 14

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.