“Tercapai impian Haziq meninggal dalam husnul khatimah” – Rakan di SMK Jalan Empat Bangi Luah Rasa Rindu Pada Arwah Haziq

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ramai yang mencemburui kematian syahid adik Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang maut dalam serangan keganasan di Masjid Al Noor, Christchurch minggu lepas. Ada yang bertanya apa amalannya, kenapa dia yang terpilih?

Menurut sahabat Haziq di Harian Metro, budak lelaki yang berusia 17 tahun ini amat menginginkan kematian dalam husnul khatimah. 

 

“Kami sangat menyayangi Haziq, dia seorang yang beriman dan selalu ingat mati” 

Rakan-rakan Haziq di SMK Jalan Empat Bangi semasa ditemubual wartawan baru-baru ni berkata, arwah selalu memberitahu mereka yang dia mahu meninggal dalam husnul khatimah. Namun bila berita mengenai kematiannya keluar di berita, sahabat-sahabat Haziq berasa terkejut dan sangat sedih mendengarnya.

“Kami sangat menyayangi Haziq, dia orang yang sangat beriman dan selalu ingat mati.

“Arwah selalu memberitahu kami dia mahu meninggal dunia dalam husnul khatimah. Berita kematian Haziq memang mengejutkan dan buat rakan sekelas yang lain sangat sedih.

“Haziq memang orang yang beriman, tidak pernah tinggal solat dan saling mengingati kami jangan lalai dengan duniawi,” kata rakannya, Eihsan Basha yang mengenali arwah sejak 2015 lagi.

Sumber: HM

 

Kali terakhir jumpa pada Disember 2018, tak tunjuk apa-apa perubahan

Menurut Eihsan, kali terakhir dia bertemu Haziq ialah pada 26 Disember 2018 semasa arwah pulang bercuti.

“Arwah datang ke rumah dan kami ke gimnasium bersama-sama. Tiada sebarang perubahan ditunjukkan Haziq.

“Sebenarnya arwah suka membantu orang dalam kelas terutama saya membabitkan mata pelajaran Matematik. Pastinya pemergian Haziq dirindui,” katanya.

Sumber: HM

Namun admin yang membaca kisah ni rasa sebak bila dapat tahu yang Haziq pernah bagitahu sahabatnya, dia mahu mereka saling berhubung. Kalau dia meninggal dunia, dia mahu mereka mengetahuinya dan begitulah sebaliknya.

 

Haziq tak mahu orang sedih akan pemergiannya

Sebelum Haziq berhijrah ke New Zealand, mereka sekelas ada membuat perjumpaan di kafe. Namun ramai yang tak tahu perjumpaan itu merupakan jamuan perpisahan untuk rai Haziq ke New Zealand kerana dia tak mahu orang bersedih akan pemergiannya.

“Namun sebaik melihat IG (Instagram) Haziq dengan kapsyen ‘Goodbye korang’, baru kami tahu dia sudah ke New Zealand,” kata Eihsan.

Sumber: HM

Buat masa ini, sahabatnya di SMK Jalan Empat Bangi mendoakan semoga keluarga Haziq tabah dalam melalui dugaan ini. Mereka sangat-sangat menyayangi Haziq dan bersedih akan pemergiannya itu.

Inilah kematian husnul khatimah yang kita impikan… 

Baca: “Wajah jenazah sangat bersih seperti tidur sahaja” – Pengalaman Pemuda Ini Masa Ziarah Pengebumian Arwah Haziq

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!