in

“Wajah jenazah sangat bersih seperti tidur sahaja” – Pengalaman Pemuda Ini Masa Ziarah Pengebumian Arwah Haziq

Haziq2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih terpalit kesedihan di hati ini bila mendengar kahbar berita pilu tentang arwah remaja 17 tahun, Muhamad Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam serangan tembakan rambang Christchurch minggu lalu.


Pemergiannya yang dicemburui oleh umat islam ini cukup mengharukan. Makin tersentuh apabila seorang warga negara Malaysia yang sempat menziarahi pengebumian arwah tadi menceritakan pengelamannya melihat jenazah dengan lebih dekat sebelum disemadikan.

 

Sangat bersih seperti tidur sahaja walaupun sudah seminggu pergi.

54729170 10218581136823415 6333336273347936256 N

Ketika pemuda yang lebih dikenali sebagai Putra Sriwijaya ini menjadi saksi jenazah, dia berpeluang mengusung kerandan  dan menurunkan jenazah ke dalam liang lahad.

Sebak dan tenang rasanya bila dia kongsikan keadaan jenazah arwah yang nampak tenang biarpun sudah seminggu ‘pergi’.

“Jenazah adik Haziq telah selamat disolatkan dan dikebumikan lebih kurang sejam yang lepas. Alhamdulillah berpeluang mengusung keranda dan menurunkan jenazah syuhada ke dalam liang lahad.

Saya menjadi saksi wajah jenazah sangat bersih seperti tidur sahaja walaupun sudah seminggu pergi. Hidung dan bibir merah seperti masih hidup. MasyaAllah. Barangkali ada amalan arwah ketika hidupnya sehingga terpilih untuk mati dalam keadaan husnul khotimah. 

P/s: Tiada gambar diambil berhampiran sebagai penghormatan kepada pihak keluarga abg Tarmizi.”

Netizen juga tak putus-putus mendoakan agar adik Haziq dapat menghadap ilahi dengan tenang. Salam takziah kepada encik Tarmizi di atas kehilangan keluarga tercinta dan kami di Malaysia mendoakan agar adik Haziq di tempatkan di kalangan orang beriman.

 

Baca : Pemergianmu dicemburui, pasti syurga buatmu Haziq”- Rakyat Malaysia Muhammad Haziq Mohd Tarmizi Disahkan Terkorban Insiden Berdarah Christchurch.

Adikhaziq

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.