in

“Terbaik PDRM” – Ini Suasana Selepas Tiga Hari Penguatkuasaan PKPB Di Klang

Bb 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan peningkatan kes positif Covid-19, beberapa daerah yang diisytiharkan red zone telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Di negeri Selangor, Klang adalah daerah pertama yang dikuatkuasakan PKPB ini apabila setelah berlaku peningkatan kes yang mendadak.


Sejak PKPB dilaksanakan pada Jumaat, 9 Oktober lalu, kawalan dan mengawasan rapi telah dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ini dapat dilihat melalui akaun Facebook rasmi Polis Klang Selatan yang sentiasa mengemaskini operasi pengawasan dan memaklumkan kepada penduduk setempat tentang keadaan semasa.

Polis Trafik Membantu Perlaksanaan Penguatkuasaan PKPP Covid 19.IPD Klang Selatan 12 Oktober 2020: Polis trafik IPD…

Posted by Polis Klang Selatan on Ahad, 11 Oktober 2020

 

Pihak IPD Klang Selatan juga telah mengadakan beberapa sekatan jalan raya (SJR) untuk  memastikan pergerakan orang awam dikawal sepanjang pelaksanaan PKPB ini.

B 7 B1 6

 

Pantau premis perniagaan

Tidak ketinggalan tempat tumpuan awam seperti premis perniagaan dan pasar juga turut dipantau oleh pihak berkuasa bagi memastikan untuk memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi oleh pelanggan dan pemilik kedai.

B4 2 B5 1

 

Rondaan dan hebahan di sekitar kawasan perumahan

Pada masa yang sama, pihak polis sangat efisyen dalam memberi makluman kepada warga Klang dengan membuat rondaan dan memasang pembesar suara untuk menyampaikan hebahan berkenaan PKPB.

Hebahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Klang Selatan di Bandar Putera, Klang bagi masyarakat patuhi perintah tersebut.

Posted by Polis Klang Selatan on Ahad, 11 Oktober 2020

 

Borang rentas daerah/negeri boleh dimuat turun

Bagi beberapa kawasan hotspot seperti Bayu Perdana dan Taman Sri Andalas, pihak polis juga menyediakan borang rentas daerah/negeri bagi mereka yang perlu merentas daerah atas tujuan tertentu.

Borang tersebut boleh dimuat turun untuk dicetak dan kemudian boleh dapatkan pengesahan di balai polis terdekat.

Bagi orang awam yang perlu rentas daerah/negeri untuk tujuan penting yang berada di dalam kawasan Sekatan Jalan Raya, di…

Posted by Polis Klang Selatan on Khamis, 8 Oktober 2020

 

Semoga penduduk Klang terus kekal berada di rumah dan mematuhi SOP yang ditetapkan sehingga 23 Oktober ini. Sama-sama kita berdoa agar wabak ini segera terhapus dan kita boleh hidup seperti dulu.

Baca: Netizen Kongsi Suasana PKPB Di Kota Kinabalu, Lengang Habis Wei!

B2 1 4

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.