in ,

“Tengok movie kat rumah je lah” – Sebab Covid-19, Semua Pawagam Di Malaysia Ditutup Sehingga Hujung April

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Walaupun kes wabak Coronavirus semakin menunjukkan penurunan di Malaysia, ada berita buruk menanti semua kaki wayang termasuklah admin sendiri.

Menurut The Star, semua pawagam di seluruh Malaysia akan ditutup sehingga hujung April ini. Tindakan ini telah dibuat oleh Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) kerana pihak ini mahu mengelakkan perhimpunan secara beramai-ramai.

Walaupun tempoh perintah kawalan pergerakan akan tamat pada 14 April nanti, lebih baik jika kita mengambil langkah berjaga-jaga. Mencegah tu kan lebih baik daripada mengubati.

Antara pawagam yang terjejas dengan tindakan ini ialah TGV Cinemas, Lotus Five Star Cinemas, mmCineplexes dan Golden Screen Cinemas (GSC).

Selain itu, penutupan panggung wayang ini juga dibuat disebabkan banyak filem baru yang telah diubah tarikh tayangannya. Tarikh tayangan filem Mulan juga telah ditangguh sehingga 24 Julai nanti.

Untuk peminat Marvel Cinematic Universe, berikut merupakan tarikh baru tayangan filem terbabit.

Bagi admin, tindakan ini memang tepat. So, korang tengok movie kat Netflix je lah buat masa sekarang ya. 

 

Baca: “Nampak macam lagi best” – [VIDEO] Akhirnya Trailer Train To Busan: Peninsula Dah Keluar

Sumber: Hype My
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: