Baru-baru ini kecoh berkenaan kes panggung wayang TGV di Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak dikatakan memberi layanan kepada ‘VIP’ dengan mengulang semula tayangan selepas 45 minit berlangsung.
Namun begitu, isu ini telah pun selesai, pihak TGV telah membuat satu penjelasan melalui media sosial mereka bahawa kekecohan yang berlaku bukanlah disebabkan oleh kehadiran VIP yang baru tiba. Akan tetapi, ia disebabkan oleh berlakunya masalah teknikal di IMAX Hall mereka.
Susulan isu yang berlaku ini, pihak TGV telah pun mengumumkan satu berita baik buat semua pelanggannya!
You are a VIP! You are a VIP! You are a VIP! Everybody is a VVVIP!!!#MinminJagaRakyat pic.twitter.com/a7PtcPZuuT
— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) March 9, 2022
TGV-V-V-VIP DAY!
Melalui media sosial rasmi @TGVCinemas pada petang semalam, TGV telah pun mengumumkan pemberian satu tiket percuma bagi semua pelanggannya pada 11 Mac (Jumaat) ini!
Menurut kenyataan itu, pengumuman tersebut dibuat setelah terinspirasi dengan isu yang berlaku. Justeru, pihak TGV ingin memberi ‘layanan VIP’ kepada semua pelanggannya dengan memberi satu tiket percuma bagi setiap pembelian tiket wayang.
“Status V-V-VIP adalah untuk semua, dari rakyat marhaen macam Minmin sampai lah untuk ‘orang kayangan’. So, jom chill-chill dan tengok wayang! Tapi sorry, #NoRestartAtTGV walaupun untuk V-V-VIP!”
Cara untuk menikmati layanan V-V-VIP pada Jumaat ini mudah sahaja, para pelanggan hanya perlu log masuk atau sertai MovieClub di laman web TGV dan dapatkan satu tiket wayang percuma bagi setiap pembelian.
So, korang tunggu apa lagi? Pergi lah serbu TGV esok!
Baca: Bukan Sebab VIP! TGV Perjelas Hal Sebenar Isu ‘Restart’ Filem The Batman