in

Penonton Berang Pihak Wayang ‘Re-Start’ Movie Lepas 45 Min Tayang, Didakwa Hanya Sebab VVIP?

fi wayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua ketahui, filem The Batman telah pun mula ditayangkan minggu lalu. So, korang dah tengok ke belum?

Sedang para peminat filem DC ini excited nak tengok movie baru ni, ada satu kes yang tidak sedap didengar telah pun terjadi baru-baru ini. Dikatakan penonton ‘menyirap’ terpaksa ‘re-watch’ filem itu daripada awal hanya kerana ada VVIP baru sampai. Betul ke?


Menurut perkongsian daripada para netizen di laman sosial, ramai yang telah pun meluahkan rasa geram terhadap situasi yang telah pun berlaku.

media tgv 1

FNJ7sqeagAYb7GA

Difahamkan insiden tersebut berlaku di TGV Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak. Menurut seorang netizen, tayangan filem tersebut telah pun bermula pada jam 7.15 petang. Selepas kira-kira 45 minit ditayangkan, filem tersebut terpaksa diberhentikan dan seorang staf telah membuat satu pengumuman mengatakan mereka terpaksa ‘re-start’ filem tersebut lalu memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

VVIP baru sampai ke sampai kena ‘re-start’?

media TGV

Pun begitu, alasan yang diberi oleh staf tersebut sangatlah tidak masuk akal kerana dikatakan tindakan mereka itu hanya kerana terdapat pelanggan yang baru sampai. Respon tersebut telah pun mengundang berang para penonton kerana ia bukanlah sesuatu yang normal.

Ada juga segelintir netizen yang mendakwa ‘pelanggan’ yang baru sahaja tiba itu adalah dalam kalangan golongan VVIP. Namun, kesahihannya masih lagi belum dapat dikenal pasti.

TGV mohon maaf…

Oleh sebab berita ini telah pun tular di media sosial, pihak panggung wayang TGV baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan melalui laman sosial rasmi mereka, memohon maaf kepada semua pelanggan yang terkesan atas insiden yang berlaku.

https://www.facebook.com/TGVCinemas/photos/a.155121804516232/5533860373308988/

Di samping itu, mereka juga mengakui bahawa insiden itu telah melanggar SOP dan prosedur tayangan kerana semua filem sepatutnya perlu ditayangkan mengikut jadual yang ditetapkan. Justeru, para pelanggan yang terkesan diberi dua tiket wayang percuma serta bayaran balik sepenuhnya daripada pihak TGV sebagai tanda maaf atas apa yang berlaku.

Siasatan berkenaan isu ini juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada dakwaan orang ramai itu adalah benar ataupun sebaliknya.

Sumber: Twitter & Facebook TGV Cinemas

Baca: Hanya Ada 13 Seat, Panggung Di Kanada Diiktiraf Wayang Paling Kecil Dalam Dunia

baca wayang

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.